• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Habiskan Ribuan Ringgit, Lelaki Ini Nekad Guna Modal Sendiri Bangun Semula Pantai Belawai

Oleh
Aina Musa
27 Disember 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Habiskan Ribuan Ringgit, Lelaki Ini Nekad Guna Modal Sendiri Bangun Semula Pantai Belawai

Pantai Belawai kini magnet tarikan pengunjung di Tanjung Manis

Habiskan Ribuan Ringgit, Lelaki Ini Nekad Guna Modal Sendiri Bangun Semula Pantai Belawai. Demi memelihara pantai Belawai daripada musnah akibat hakisan, anak watan Kampung Belawai sanggup berhabisan ribuan ringgit untuk mengekalkan kawasan tumpuan ramai itu. 

Habiskan Ribuan Ringgit, Lelaki Ini Nekad Guna Modal Sendiri Bangun Semula Pantai Belawai. Sumber: Borneo Network

Ibnee Ekni yang berusia 57 tahun, memulakan perniagaan kedai makan di Tanjung Manis pada 2009 dan kemudian memulakan perniagaan Iftitah Restoran & Resort di Pantai Belawai pada 1 Januari 2015 sehingga sekarang. 

Nekad bina tempat penginapan dan tempat makan

“Perniagaan ini dirancang selepas melihat limpahan pengunjung luar yang datang ke Pantai Belawai beberapa tahun lepas dan mencari tempat penginapan serta tempat makan. 

“Saya selalu berfikir, kalau saya tidak cekal, pantai ini akan musnah dan industri pelancongan di sini akan merudum di Belawai. 

“Ini akan memberi kesan kepada peniaga kecil di kampung dan sebab ini saya harus bertahan walaupun bermacam masalah yang datang,” katanya ketika dihubungi Borneo Network hari ini. 

Sejak membuka perniagaan di pantai itu yang diurus oleh anak sulungnya, Siti Nooratiqah Ibnee bersama isterinya Ani Kat, sepanjang lapan tahun sudah enam kali hakisan melanda pantai berkenaan. 

Namun, dalam tempoh dua tahun ini, katanya hakisan pantai amat teruk hingga hampir menjejaskan perniagaannya di situ. 

“Dalam tempoh dua tahun hakisan pantai amat teruk berlaku, pentas ‘I love Iftitah’ tahun lepas hampir runtuh,” jelasnya. 

Guna ribuan modal sendiri baik pulih pantai tersebut

Justeru, menjadi harapan beliau untuk melihat agensi dan kementerian berkaitan termasuk Kementerian Pelancongan dapat membantu dalam usaha membaik pulih dan memelihara keindahan pantai Belawai. 

“Walaupun saya adalah pengusaha persendirian yang mempunyai modal yang sangat terhad untuk melihat kepada permasalahan hakisan Pantai Belawai ini namun jika ia tidak dijaga sekarang tidak mustahil pantai ini akan terhakis lebih jauh ke daratan,” ujarnya. 

Tegasnya, beliau terpaksa mengeluarkan modal RM3,000 hingga RM5,000 untuk membaik pulih pantai di sekitar resortnya. 

Mengenai pengunjung di pantai itu, Ibnee berkata, kira-kira 80 orang berkunjung di resortnya dan dianggarkan kira-kira 500 orang pengujung harian sehari berkunjung di situ. 

Ketahui lebih lanjut mengenai Pantai Iftitah:

https://www.iloveborneo.my/iftitah-restoran-resort-di-sibu-ini-tawar-konsep-makan-sambil-nikmati-sunset-tepi-pantai/
SUMBER :Borneo Network
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rasa Isinya Seperti Manggis, Kenali Buah Ucong Buah Eksotik Di Borneo
Next Article Lagenda Ayam Jantan Sakti Nunuk Ragang, Ketahui Mitos Asal Usul Kaum Kadazan Dusun Di Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?