• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rasa Isinya Seperti Manggis, Kenali Buah Ucong Buah Eksotik Di Borneo

Oleh
ILB - AI
27 Disember 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Buah ucong, belimbing hutan, Tampoi Belimbing adalah buah yang eksotik di Borneo dan isinya seakan manggis

Rasa Isinya Seperti Manggis, Kenali Buah Ucong Buah Eksotik Di Borneo. Siapa dekat sini gemar sangat makan buah manggis? Isinya yang putih, manis-manis masam sungguh nikmat, bukan? Tapi, tahukah kita bahawa di Borneo terutamanya di Sarawak dan Sabah, terdapat satu buah yang rasa isinya seakan seperti buah manggis?

Buah yang dikenali sebagai buah ucong atau buah belimbing hutan atau nama saintifiknya Baccaurea angulata adalah buah eksotik yang hanya ada d Borneo. Buah ucong atau ada juga yang memanggilnya sebagai Tampoi Belimbing bukan sahaja isinya yang seakan isi buah manggis, namun, kulitnya juga seakan buah belimbing.

Rasa Isinya Seperti Manggis, Kenali Buah Ucong Buah Eksotik Di Borneo
Rasa Isinya Seperti Manggis, Kenali Buah Ucong Buah Eksotik Di Borneo. Sumber gambar: fazlisyam blog

Kulitnya serupa belimbing, agak sedikit tebal namun boleh dijadikan jeruk, tau

Kulitnya yang seakan buah belimbing menjadikan ianya dikenali sebagai belimbing hutan. Walaupun kulitnya agak sedikit tebal, namun di Sarawak, masyarakat selalunya menjadikan kulit buah ucong ini sebagai jeruk.

Bukan sahaja isi, malah kulitnya pun bermanfaat. Walaupun buah ucong ini boleh dikategorikan sebagai buah yang bermusim, namun untuk orang Sarawak dan Sabah, musim buah ini juga sangat ditunggu-tunggu.

Manakan tidak, buah ucong ini mengandungi khasiatnya yang pelbagai seperti serat, vitamin C, potassium, mangnesium dan kalsium yang tinggi.

Rasa Isinya Seperti Manggis, Kenali Buah Ucong Buah Eksotik Di Borneo
Rasa Isinya Seperti Manggis, Kenali Buah Ucong Buah Eksotik Di Borneo. Sumber gambar: SPECIALTY PRODUCE

Difahamkan, di Semenanjung, pokok buah ucong ini hanya ditanam di SPK Hulu Paka Terengganu sebagai simpanan sumber genetik sahaja. Jadi, kalau melancong ke Sarawak mahupun ke Sabah, jika melancong pada musimnya sememangnya beruntung untuk menikmati kelazatan buah ucong ini.

Di Sarawak, banyak buah yang harus anda cuba kerana ianya hanya terdapat di sini seperti:

https://www.iloveborneo.my/persis-longan-kenali-buah-isau-buah-tropikal-asli-daripada-sarawak/
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ‘Bandar Lain Boleh Contohi Kuching’, Lelaki Ini Kagum Dengan Tarikan Pelancongan Sarawak
Next Article Habiskan Ribuan Ringgit, Lelaki Ini Nekad Guna Modal Sendiri Bangun Semula Pantai Belawai Habiskan Ribuan Ringgit, Lelaki Ini Nekad Guna Modal Sendiri Bangun Semula Pantai Belawai

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?