• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pengguna Hailak Gelisah, Bekalan Diesel Di Seluruh Sarawak Terputus

Oleh
Aina Musa
27 Disember 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Pengguna Hailak Gelisah, Bekalan Diesel Di Seluruh Sarawak Terputus

Pembekal belum maklum punca ketiadaan diesel di stesen Petronas Sarawak – KPDN

Pengguna Hailak Gelisah, Bekalan Diesel Di Seluruh Sarawak Terputus. Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak masih belum menerima sebarang makluman daripada pembekal diesel berhubung terputusnya bekalan bahan api berkenaan di stesen minyak milik Petronas di negeri itu.

KPDN Sarawak dalam kenyataan berkata mereka masih lagi menunggu kenyataan rasmi daripada pihak Petronas Dagangan Berhad berhubung isu bekalan yang berlaku hampir di kesemua stesen minyak milik Petronas di Sabah dan Sarawak.

Pengguna Hailak Gelisah, Bekalan Diesel Di Seluruh Sarawak Terputus
Pengguna Hailak Gelisah, Bekalan Diesel Di Seluruh Sarawak Terputus. Sumber: Astro Awani

“Pengguna juga disarankan untuk mendapatkan bekalan minyak diesel di stesen minyak Shell atau Petros (syarikat minyak dan gas milik Sarawak) yang berhampiran,” menurut kenyataan itu.

Kementerian itu memberi jaminan akan sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan ke atas semua stesen minyak dan meminta orang ramai untuk melaporkan kepada mereka sebarang kegiatan penyelewengan bahan api bersubsidi tersebut.

Laporan boleh dibuat menerusi laman e-aduan.kpdn.gov.my, whatsapp 019-2794317 @ 019-8488000 (Aduan Pengguna) atau talian hotline 1-800-886-800.

Semalam Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen dilaporkan berkata kekurangan bekalan diesel bersubsidi di negeri itu telah berlaku sejak dua minggu lepas.

Katanya kegiatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang menggunakan diesel bersubsidi untuk tujuan industri telah menyebabkan kuota untuk kegunaan orang ramai di negeri itu tidak mencukupi.

Susulan itu, pihak Petronas ada mengeluarkan satu kenyataan semalam. Menurut Petronas, isu kehabisan diesel bukan sahaja dialami di Sarawak malah turut dihadapi di stesen-stesen Petronas di seluruh Malaysia.

Baca lagi artikel menarik:

Wiper Tidak Berfungsi, Perakam Supercar Ferrari Di Kundasang Buat Netizen Berdekah
JPJ Sarawak Lancar Ops Perayaan Hari Krismas 2023 Hingga 28 Dis Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Wiper Tidak Berfungsi, Perakam Supercar Ferrari Di Kundasang Buat Netizen Berdekah
Next Article Menurut Pakar Makanan, 3 Kedai Laksa Sarawak Ini Adalah Yang Terbaik Di Dunia Menurut Pakar Makanan, 3 Kedai Laksa Sarawak Ini Adalah Yang Terbaik Di Dunia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?