Tempat mana yang best, ek?
Menurut Pakar Makanan, 3 Kedai Laksa Sarawak Ini Adalah Yang Terbaik Di Dunia. Sebelum ini, menerusi Instagram @thetasteatlas menunjukkan bahawa Laksa Sarawak berada di kedudukan teratas dalam penilaian terhadap makanan asia berdasarkan kajian maklum balas di kalangan umum.
Berkenaan dengan makanan tradisi di Bahagian Asia, sudah tentu ramai yang tertanya-tanya dimanakah tempat yang menyediakan hidangan yang enak dan membuatkan kita rasa tidak rugi untuk mencubanya.
Tempat Laksa Sarawak yang terbaik di dunia!
Tidak hanya membuat penilaian makanan Asia, mereka turut mengemaskini tempat makan yang terbaik di dunia. Dan yang pastinya, mereka juga turut mengemaskini tempat makan Laksa Sarawak yang terbaik di dunia!
Cadangan yang diberikan ini adalah hasil dari cadangan yang diambil daripada individu secara rawak dan juga beberapa pakar makanan yang lain. Haa.. curious tak? Mari kita lihat.
Ini menurut pakar makanan
Berikut adalah senarai yang telah diterima dari beberapa individu yang telah membuat cadangan berkenaan dengan Laksa Sarawak yang terbaik di dunia.
Tempat makan yang telah mengambil banyak cadangan dari individu ialah Aunty Christina’s Sarawak yang terletak di Petaling Jaya. Kedai ini semestinya terkenal dengan Laksa Sarawak kerana ianya menepati citarasa penduduk. Sehinggakan ramai yang terpaksa beratur panjang hanya untuk merasa laksa di kedai ini!
Manakala yang kedua, ialah 7th Mile Kitchen yang juga terletak di Petaling Jaya. Meninjau ruangan komen dari individu-individu tersebut, ramai yang menyatakan bahawa Laksa Sarawak di 7th Mile Kitchen ini telah menepati citarasa mereka.
Laksa Sarawak memang dijamin sedap!
Dan yang ketiga ialah di Chong Choon Cafe yang terletak di Kuching, Sarawak. Chong Choon Cafe juga merupakan tempat yang sudah lama beroperasi dan digemari ramai kerana rasa Laksa Sarawak nya yang pekat dan asli. Diikuti dengan Choon Hui Cafe, Moms Laksa dan Golden Arch Cafe yang terletak di Kuching, Sarawak.
TasteAtlas masih menerima sebarang cadangan dari mana-mana individu berkenaan dengan tempat Laksa Sarawak yang terbaik di dunia. Anda masih boleh untuk memberi cadangan tempat-tempat yang sedap! Kalau anda, anda akan bagi cadangan tempat mana pula?