• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hairan Nama Tidak Layak BPN, Lelaki Ini Rupanya Didaftar Sebagai ‘Suami’ Orang

Oleh
Ismail NA
29 Mei 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Sanggup Guna Data Orang Lain Demi Wang BPN.

Hairan Nama Tidak Layak BPN, Lelaki Ini Rupanya Didaftar Sebagai ‘Suami’ Orang. Adakah anda layak menerima Bantuan Prihatin Nasional? Jika ya, tahniah dan gunakan wang tersebut sebaiknya. Tetapi jika permohonan anda gagal, lebih baik anda segera memeriksa alasan mengapa ia ditolak.

Kadang kala, ada alasan tidak layak yang tidak munasabah yang perlu anda periksa di LHDN. Contohnya seperti kejadian yang berlaku kepada lelaki ini.

Menerusi perkongsian nya di laman Facebook, lelaki ini menyedari bahawa permohonan BPN nya gagal dengan alasan pertindihan permohonan. Namun, setelah diperiksa di pejabat LHDN, data beliau rupa-rupanya telah disalah gunakan oleh individu lain. Malah, namanya didaftarkan sebagai ‘suami’ kepada seorang individu wanita yang tidak dikenali.

Hairan Nama Tidak Layak BPN, Lelaki Ini Rupanya Didaftar Sebagai 'Suami' Orang
Hairan Nama Tidak Layak BPN, Lelaki Ini Rupanya Didaftar Sebagai ‘Suami’ Orang

Tambahnya lagi, beliau yang kini berusia 21 tahun dan masih belum berkahwin ternyata terkejut dengan tindakan wanita tersebut yang sanggup menggunakan data peribadi orang lain semata-mata untuk mendapatkan wang BPN.

Bukan itu sahaja, menerusi pencarian di laman Facebook, lelaki tersebut juga berjaya menemui laman Facebook milik wanita yang didakwa menggunakan data peribadinya untuk tujuan penipuan itu. Malah, nombor MyKad wanita tersebut juga sepadan dengan maklumat serta tarikh lahir yang tertera pada akaun wanita tersebut.

Permohonan Palsu BPN Adalah Suatu Kesalahan

Jelasnya lagi, beliau tidak mengetahui bagaimana data peribadi yang sepatutnya sulit boleh sampai ke tangan wanita tersebut dan mendaftarkannya sebagai pasangan untuk bantuan keluarga BPN. Sekiranya permohonan tersebut layak, wanita tersebut mendapat wang berjumlah RM 1,600. Tanpa berlengah, lelaki ini terus melaporkan kejadian ini kepada pihak polis.

Tindakan wanita ini juga jelas melanggar undang-undang iaitu penyalahgunaan identiti peribadi tanpa keizinan dan membuat permohonan palsu BPN.

Dalam pada masa yang sama, beliau berasa kesal dan kecewa kerana perlu bersusah payah membuat laporan polis dan berulang alik ke pelbagai lokasi semata-mata untuk mendapatkan wang bantuan untuknya yang bernilai RM 800.

Di akhir perkongsian, beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya mendedahkan nombor Mykad kepada individu yang tidak dikenali mahu pun kawan rapat anda sendiri.

Pesanan juga kepada anda, semak semula alasan yang diberikan sekiranya permohonan anda gagal. Anda boleh membuat semakan di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri yang terdekat atau menghubungi talian khidmat pelanggan LHDN di 03-8911 1000.

Sebelum ini, banyak permohonan BPN ditolak dengan pelbagai alasan. Baca selanjutnya di sini :

Kerajaan Sarawak juga mengumumkan bantuan RM 500 secara one-off kepada orang bujang dalam pakej bantuan khas Sarawakku Sayang 2.0 :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Starbucks Kembali Buat Promosi Beli 1 Percuma Satu Sehingga 16 Jun 2020
Next Article Pengintip Sudah Mula Aktif, Waspada Aktiviti Pencerobohan Rumah Di Sekitar Kuching Pengintip Sudah Mula Aktif, Waspada Aktiviti Pencerobohan Rumah Di Sekitar Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?