fbpx
Cerita Borneo

Kerajaan Sarawak Tambah Bantuan, Individu Bujang Dapat RM500 Secara One Off

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak sebentar tadi

Kerajaan Sarawak Tambah Bantuan, Individu Bujang Dapat RM500 Secara One Off. Kerajaan Sarawak sebentar tadi mengumumkan 7 inisiatif tambahan buat rakyat Sarawak bagi mengharungi detik yang sukar ketika ini.

7 inisiatif tersebut merangkumi pelbagai bantuan yang akan disalurkan terus kepada rakyat Sarawak yang meliputi pelbagai lapisan kaum dan juga penjaja kecil.

Kerajaan Sarawak Tambah Bantuan, Individu Bujang Dapat RM500 Secara One Off
Kerajaan Sarawak Tambah Bantuan, Individu Bujang Dapat RM500 Secara One Off

Antara bantuan yang paling menarik perhatian adalah individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas, dan berpendapatan kurang RM2000 sebulan akan mendapat bantuan sebanyak RM500 secara on off. Ini adalah berita baik terutamanya bagi kaum bujang yang terjejas akibat wabak ini.

Sebelum ini, Bantuan Sarawakku Sayang telah memberi bantuan tunai sebanyak RM250 selama 6 bulan kepada B40 di Sarawak.

7 Insentif Tersebut Adalah Seperti Berikut :

1.INSENTIF UNTUK KETUA ISI RUMAH B40 TERMASUK BUJANG BERUMUR 21 TAHUN KE ATAS YANG BERPENDAPATAN RM2,000 SEBULAN DAN KE BAWAH DI SARAWAK
Kerajaan Sarawak akan menyalurkan bantuan pembayaran secara tunai sebanyak RM1,500 kepada anggaran 30,000 Ketua Isi Rumah yang sebelum ini tidak tersenarai di bawah BKSS 1.0. Kerajaan Sarawak akan memberi bayaran tunai secara one-off iaitu sekali sebanyak RM500 kepada 377,806 individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan.

2.TAMBAHAN UNTUK GERAN KHAS RM750 KEPADA PENJAJA DAN PENIAGA KECIL YANG BERDAFTAR DENGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MELALUI SARAWAK PAY
Kerajaan Sarawak akan menambah Geran Khas ini selama sebulan lagi iaitu sebanyak RM750 kepada mereka.
Dengan tambahan ini, setiap penjaja dan peniaga kecil akan menerima secara keseluruhannya sejumlah RM2,250 melalui Geran Khas ini.

3.ELAUN BULANAN KHAS PETUGAS BARISAN HADAPAN YANG MENANGANI WABAK COVID-19 DI SARAWAK
Elaun Bulanan Khas kepada petugas barisan hadapan sebanyak RM200 untuk enam bulan juga di kepada:

  • 358 anggota Kastam DiRaja Malaysia yang menjalankan tugas di semua pintu masuk sempadan, pelabuhan dan lapangan terbang di seluruh Sarawak;
  • 870 kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan yang membantu melaksanakan tugas perkhidmatan kecemasan, kerja-kerja pemeriksaan dan sanitasi di seluruh Sarawak;
  • 887 anggota BOMBA dan Penyelamat dalam menjalankan perkhidmatan kecemasan dan kerja-kerja sanitasi, khususnya di kawasan berisiko tinggi; dan  
  • 500 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang membantu pihak PDRM dan ATM dalam memastikan pelaksanaan PKP dipatuhi sepenuhnya.

4.INSENTIF UNTUK PEMILIK DAN PENGENDALI PENAMBANG YANG BERDAFTAR DENGAN LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK (SRB)
Kerajaan Sarawak prihatin dengan nasib pengusaha penambang. Oleh itu, bantuan tunai secara one-off iaitu sekali sebanyak RM500 akan diberi kepada pemilik dan pengendali penambang berdaftar di Sarawak.

5.INSENTIF UNTUK PENGENDALI VAN PENUMPANG, PEMANDU TEKSI, PENGENDALI BAS DAN VAN SEKOLAH YANG BERDAFTAR DI SARAWAK
Kerajaan Sarawak akan menyediakan bantuan kewangan secara one-off iaitu sekali sebanyak RM600 kepada 959 pengendali van penumpang, 1,976 pemandu teksi dan 739 pengendali bas dan van sekolah yang berdaftar di Sarawak.
6.GERAN KHAS KEPADA PEMANDU PELANCONG DAN PEMANDU PELANCONG TAMAN NEGARA YANG BERLESEN
Bagi meringankan beban kewangan mereka, Kerajaan Sarawak akan memberi Geran Khas secara one-off iaitu sekali sebanyak RM1,500 kepada 145 Pemandu Pelancong dan 113 Pemandu Pelancong Taman Negara yang berdaftar di Sarawak.
7. PERKHIDMATAN CAWANGAN BANK BERGERAK BSN YANG DILENGKAPI DENGAN MESIN ATM MEPS KE KAWASAN LUAR BANDAR
Kerajaan Sarawak akan memperuntukkan RM400,000 sebagai perbelanjaan modal kepada BSN bagi mengendalikan Perkhidmatan Cawangan Bank Bergerak untuk memberi perkhidmatan perbankan kepada masyarakat di luar bandar Sarawak.
Sebagai permulaan, kaunter bergerak BSN akan beroperasi di Pakan, Sarikei pada 10 hingga 11 Mei 2020 dan perkhidmatan ini akan diperluaskan lagi ke kawasan lain di luar bandar Sarawak.

Baca Juga Bantuan Prihatin Nasional bagi mereka yang merayu akan disalurkan melalui 15 Mei 2020 :

Bank Simpanan Nasional akan membuka kaunter perkhidmatan mereka di Dewan Masyarakat Pakan pada 10 dan 11 Mei ini :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close