I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Hajat Ke Hutan Ingin Mencari Rotan, Secara Tak Sengaja Seorang Petani Di Belaga Menemui Bunga Rafflesia
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hajat Ke Hutan Ingin Mencari Rotan, Secara Tak Sengaja Seorang Petani Di Belaga Menemui Bunga Rafflesia

Last updated: 28/06/21 2:01 PM
Husna Hazmi
Kongsi
3 Min Bacaan
Kongsi

Bunga yang amat unik itu ditemui ketika Kujan ingin mencari rotan di kawasan hutan di Sungai Parop.  

Hajat Ke Hutan Ingin Mencari Rotan, Secara Tak Sengaja Seorang Petani Di Belaga Menemui Bunga Rafflesia. Bunga Rafflesia atau bunga Pakma merupakan satu tumbuhan yang amat unik dan sukar ditemui. Tumbuhan yang mengeluarkan bau yang teramat busuk ini hanya tumbuh di beberapa kawasan sahaja di Malaysia khususnya di Sabah dan Sarawak.

Hajat Ke Hutan Ingin Mencari Rotan, Secara Tak Sengaja Seorang Petani Di Belaga Menemui Bunga Rafflesia
Hajat Ke Hutan Ingin Mencari Rotan, Secara Tak Sengaja Seorang Petani Di Belaga Menemui Bunga Rafflesia

Secara tidak sengaja menemukan dua kuntum bunga Rafflesia

Baru-baru ini, dilaporkan bahawa seorang petani dari Sungai Asap, Belaga, secara tidak sengaja menemukan dua kuntum bunga Rafflesia, di kawasan hutan di Sungai Parop.  

Menurut Kujan Lusat, yang berusia 65 tahun dari Uma Badeng, Sungai Asap, hajatnya sebenarnya ingin mencari rotan, seperti kebiasaannya di kawasan hutan berkenaan yang terletak kira-kira sejam berjalan kaki dari rumah panjang mereka, pada 23 Jun lalu. 

“Namun apa yang mengejutkan saya, bukannya rotan yang saya temui pagi itu tetapi bunga rafflesia. 

“Ada dua kuntum, satu sudah mekar sepenuhnya, dalam keadaan yang amat baik, manakala satu lagi masih menguntum. Saya harap dapat melihat ia mekar dengan baik kelak,” katanya.

Hajat Ke Hutan Ingin Mencari Rotan, Secara Tak Sengaja Seorang Petani Di Belaga Menemui Bunga Rafflesia

Dianggarkan mencapai satu kaki besarnya

Menurutnya, bunga rafflesia yang sudah mekar itu dianggarkan mencapai satu kaki besarnya.

Kujan berkata, ini merupakan kali pertama dia dan penduduk kampung di Sungai Asap, Belaga, menemukan bunga rafflesia di situ. 

“Ketika saya tengah mencari rotan macam biasa pagi itu, saya tiba-tiba ternampak warna yang merah dan terang. Itu yang menarik perhatian saya mula-mula. Apabila dihampiri saya sangat terkejut kerana saya tahu ia adalah bunga Rafflesia dan (spesies) dilindungi,” jelasnya.  

“Hari ini saya pergi lagi ke sana dan menebas kawasan sekitarnya bagi memastikan kedua-dua bunga ini terus mekar dengan baik,” tambahnya sambil memberitahu bahawa dia turut menemukan benih bunga tersebut, berhampiran bunga yang sudah mekar. 

Hajat Ke Hutan Ingin Mencari Rotan, Secara Tak Sengaja Seorang Petani Di Belaga Menemui Bunga Rafflesia

Boleh membesar dan mekar sehingga saiz 91cm

Bunga Pakma ini merupakan bunga terbesar di dunia, boleh membesar dan mekar sehingga saiz 91cm (tiga kaki) diameter, 1.9 cm tebal dan boleh mencapai berat sehingga tujuh kilogram. 

Selain itu bunga ini juga tidak seperti tumbuhan lain, rafflesia tidak mempunyai daun untuk memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkan gula dan oksigen.

Di Sarawak, bunga ini dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar Sarawak (1998) dan di bawah ordinan ini, adalah menjadi kesalahan bagi bagi mana-mana individu untuk memburu, membunuh, menangkap, menjual atau memiliki mana-mana spesies yang dilindungi ini.

Lagi di sini:

Husna Hazmi 28 Jun 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tuah Semangat ‘Balang’, Muzik Video Alena Murang Raih 2 Anugerah Di International Music Video Awards UK 2021
Next Article Dine In Dibenarkan Di Sabah Mulai Esok, SOP Terperinci Akan Dikeluarkan Dalam Masa Terdekat Dine In Dibenarkan Di Sabah Mulai Esok, SOP Terperinci Akan Dikeluarkan Dalam Masa Terdekat

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Ketahui 'Legend Of Ancient Borneo', Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia
Cerita Borneo

Kenali Legend Of Ancient Borneo, Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia

7 Ogos 2022
Cerita Borneo

Fasih 5 Bahasa Hanya Belajar Dari Youtube, Pemuda Dari Sabah Ini Buat Netizen Terpegun

7 Ogos 2022
"Demam Kunafa", Ini 5 Lokasi Yang Menjual Kunafa Di Sekitar Kuching Dan Samarahan
Cerita Borneo

‘Demam Kunafa’, Ini 5 Lokasi Yang Menjual Kunafa Di Sekitar Kuching Dan Samarahan

7 Ogos 2022
Cerita Borneo

Hanya Berkaki Ayam, Peserta Cilik Dari Sarawak Mendapat Johan Kebangsaan Merentas Desa

7 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?