• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tuah Semangat ‘Balang’, Muzik Video Alena Murang Raih 2 Anugerah Di International Music Video Awards UK 2021

Oleh
Ismail NA
28 Jun 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Tahniah Alena!

Tuah Semangat ‘Balang’, Muzik Video Alena Murang Raih 2 Anugerah Di International Music Video Awards UK 2021. Siapa yang pernah menonton muzik video terbaharu Alena Murang pasti merasakan bahawa anugerah ini adalah suatu pengiktirafan yang wajar diberi kepada gadis berketurunan Orang Ulu ini. Muzik video yang penuh warna warni tetapi dalam masa yang sama, memancarkan aura semangat dan pahlawan kepada penonton dan pendengar alunan instrumental sape’ beliau.

Isi Isi Penting
  • Tahniah Alena!
  • Anugerah antarabangsa yang banyak dimenangi oleh calon dari USA dan Jerman!
  • Alena sangat bangga
  • ‘Warrior Spirit’ adalah terjemahan semangat pahlawan dalam bentuk estetik ‘fashion-forward’
  • Ada minat komuniti global terhadap cerita orang asal – Pengarah ‘Warrior Spirit‘
  • Baca juga cerita terperinci tentang ‘Warrior Spirit’ yang pernah kami terbitkan di sini :

Muzik video instrumental terbaharu Alena yang bertajuk ‘Warrior Spirit’ yang ditayangkan secara rasmi pada 27 Mei yang lalu di saluran Youtube nya kini telah memenangi 2 anugerah bertaraf antarabangsa di International Music Video Awards 2021 di United Kingdom.

Tuah Semangat 'Balang', Muzik Video Alena Murang Raih 2 Anugerah Di International Music Video Awards UK 2021
Tuah Semangat ‘Balang’, Muzik Video Alena Murang Raih 2 Anugerah Di International Music Video Awards UK 2021

Anugerah antarabangsa yang banyak dimenangi oleh calon dari USA dan Jerman!

Muzik video tersebut telah memenangi kategori “Best Asia & Pasific Music Video” dan “Honourable Mention for Best Costume” dalam festival anugerah yang diadakan setiap 2 bulan tersebut.

Bukan itu sahaja, muzik video Warrior Spirit juga telah tercalon sebagai 100 peserta teratas di peringkat suku akhir Los Angeles Film Awards 2021 dan pencalonan rasmi untuk New York International Film Awards 2021. Hebatnya!

Tuah Semangat 'Balang', Muzik Video Alena Murang Raih 2 Anugerah Di International Music Video Awards UK 2021
Tuah Semangat 'Balang', Muzik Video Alena Murang Raih 2 Anugerah Di International Music Video Awards UK 2021

Alena sangat bangga

Susulan kemenangannya di anugerah tersebut, Alena berasa sangat-sangat bangga dengan pasukan yang telah terlibat sama untuk menjayakan muzik video ini dan sanggup mencurahkan masa dan tenaga untuk pembikinan muzik video yang indah ini.

“Ini adalah masa yang sukar untuk individu yang terlibat dalam industri muzik dan filem. Pencapaian menghasilkan muzik video ini dengan jayanya adalah suatu kepuasan dan kebanggaan, apatah lagi dengan kemenangan anugerah bertaraf antarabangsa ini, ia adalah satu bonus buat kami.

Kami boleh lakukan perkara yang hebat apabila kita bekerja bersama-sama,“

Alena Murang

Menurut Alena, trek terbaharu ini sememangnya menunjukkan semangat pahlawan yang diwarisi daripada nenek moyangnya. Jelas Alena lagi, beliau merupakan seseorang yang berasal dari keturunan pahlawan. Moyangnya, Nganud Balang merupakan seorang pahlawan yang gagah dan berani sehingga komunitinya memanggil dengan gelaran ‘Harimau yang mengapungkan kepala musuh di sungai’.

Walaupun adat tersebut tidak lagi diamalkan pada masa kini, namun keturunannya masih mewarisi semangat, kesungguhan, kegagahan dan keberanian untuk melawan sesuatu yang lebih besar daripada diri mereka sendiri.

‘Warrior Spirit’ adalah terjemahan semangat pahlawan dalam bentuk estetik ‘fashion-forward’

Penata rias untuk hampir keseluruhan penampilan Alena dalam muzik video tersebut, Saerah Ridzuan pula berkata, pihaknya ingin mengetengahkan kecantikan warisan budaya Borneo dan menyerlahkannya lagi dengan rekaan estetik ‘fashion-forward’ yang menterjemahkan semangat pahlawan moden.

Tuah Semangat 'Balang', Muzik Video Alena Murang Raih 2 Anugerah Di International Music Video Awards UK 2021
Tuah Semangat 'Balang', Muzik Video Alena Murang Raih 2 Anugerah Di International Music Video Awards UK 2021

Beliau juga menzahirkan rasa teruja di atas anugerah yang diperolehinya di IMVA dan berharap agar dunia boleh menghargai kecantikan Borneo melalui muzik video ini.

Untuk pengetahuan anda, tata rias dan stail yang dipamerkan dalam muzik video ini adalah inspirasi daripada warisan budaya Alena Murang sendiri, dan unsur kebudayaan masyarakat Borneo terutamanya di Sarawak. Tata rias ini adalah sentuhan daripada Styllar bersama pereka dan pakar kraf Malaysia serta jurusolek terkemuka, Gebriel Padan.

Ada minat komuniti global terhadap cerita orang asal – Pengarah ‘Warrior Spirit‘

Sementara itu, pengarah muzik video ini yang juga merupakan sepupu kepada Alena Murang, Sarah Lois Dorai memberitahu bahawa pemilihan dan kemenangan muzik video ini menunjukkan bahawa terdapat minat komuniti global terhadap cerita yang dibawa dari bahagian lain di dunia terutamanya dari masyarakat asal. Beliau juga berharap agar lebih banyak cerita daripada komuniti asal dapat disokong dari segi kewangan di masa akan datang.

Tahniah sekali lagi diucapkan buat Alena Murang atas kemenangan ini! Semoga beroleh kejayaan juga untuk pencalonan antarabangsa yang lain.

Baca juga cerita terperinci tentang ‘Warrior Spirit’ yang pernah kami terbitkan di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Perahu Sebagai Ganti Bilik Darjah, Cikgu Di Kinabatangan Ini Tak Mahu Anak Muridnya Ketinggalan Pelajaran
Next Article Hajat Ke Hutan Ingin Mencari Rotan, Secara Tak Sengaja Seorang Petani Di Belaga Menemui Bunga Rafflesia

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?