• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hajat Mahu Buang Air Kecil, Tetapi Terjumpa Objek Menyerupai Bom Perang Dunia Kedua

Oleh
Husna Hazmi
5 Januari 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Seorang lelaki menemui bom ketika hendak membuang air kecil di Pantai Tanjung Lobang.

Hajat Mahu Buang Air Kecil, Tetapi Terjumpa Objek Menyerupai Bom Perang Dunia Kedua. Seorang lelaki dikejutkan dengan penemuan satu objek menyerupai bom ketika mahu membuang air kecil di kawasan Pantai Tanjung Lobang, Miri semalam.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung penemuan tersebut.

“Sebaik menerima laporan itu, pihak polis segera menghantar Unit Skuad Bom untuk ke lokasi tersebut untuk menyiasat.

Hajat Mahu Buang Air Kecil, Tetapi Terjumpa Objek Menyerupai Bom Perang Dunia Kedua
Hajat Mahu Buang Air Kecil, Tetapi Terjumpa Objek Menyerupai Bom Perang Dunia Kedua

Objek itu menyerupai bom lama

“Siasatan awal mendapati objek itu menyerupai bom lama. Kita hanya dapat sahkan sama ada ia bom atau bukan keesokan hari memandangkan kawasan itu sekarang ditenggelami air pasang,” kata beliau petang semalam.

Sementara itu, lelaki tersebut memaklumkan beliau terjumpa objek yang menyerupai bom itu ketika hendak membuang air kecil kira-kira jam 1.15 tengah hari semalam.

Hajat Mahu Buang Air Kecil, Tetapi Terjumpa Objek Menyerupai Bom Perang Dunia Kedua

Penemuan yang mengejutkan

Terkejut dengan penemuan itu, beliau menghubungi Ketua Peronda Jawatankuasa Penduduk (JKP) Miri, Malateh Mahmud untuk membuat pemeriksaan yang lebih lanjut.

Malateh ketika ditemui berkata, objek tersebut sememangnya menyerupai bom mortar yang dipercayai peninggalan Perang Dunia yang Kedua.

Pihaknya kemudian menghubungi Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri untuk tindakan selanjutnya.

Kredit: UtusanBorneo

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Batal Saat Akhir, SDMC Gesa Syarikat Penerbangan Patuhi Jadual Yang Telah Ditetapkan
Next Article Permaisuri Agong Dan YDPA Turun Padang Bantu Rakyat Dilanda Banjir, Hilux Tidak Mengecewakan Permaisuri Agong Dan YDPA Turun Padang Bantu Rakyat Dilanda Banjir, Hilux Tidak Mengecewakan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?