• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Batal Saat Akhir, SDMC Gesa Syarikat Penerbangan Patuhi Jadual Yang Telah Ditetapkan

Oleh
Ismail NA
4 Januari 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Hal ini susulan isu pembatalan penerbangan ke Sarawak yang tular di media sosial semalam

Batal Saat Akhir, SDMC Gesa Syarikat Penerbangan Patuhi Jadual Yang Telah Ditetapkan. Sejak peningkatan kes COVID-19 di Malaysia, urusan keluar masuk ke Sarawak tidak lagi semudah seperti dahulu. Prosedur yang ketat serta kemungkinan berdepan pembatalan penerbangan saat akhir adalah risiko yang perlu dihadapi oleh individu yang ingin keluar mahupun masuk ke Sarawak.

Isi Isi Penting
  • Hal ini susulan isu pembatalan penerbangan ke Sarawak yang tular di media sosial semalam
  • Penerbangan dibatalkan 30 minit sebelum berlepas
  • SDMC dakwa AirAsia ingkar jadual penerbangan yang telah ditetapkan
  • Untuk mengetahui jadual penerbangan yang telah diluluskan oleh SDMC, anda boleh membaca artikel yang telah kami terbitkan sebelum ini :
  • Penerbangan tetap batal walaupun ditempah mengikut jadual SDMC – Netizen
  • Baca juga artikel berkaitan prosedur ke Sarawak :

Terbaharu, tular sebuah entri seorang wanita di media sosial yang meluahkan rasa kesal serta tidak puas hati terhadap tindakan sebuah syarikat penerbangan yang bertindak membatalkan penerbangannya ke Sarawak 30 minit sebelum berlepas.

Penerbangan dibatalkan 30 minit sebelum berlepas

Entri yang dimuat naik oleh pengguna Facebook yang bernama Harliyana Binti Patrick tersebut turut menyebut bahawa beliau telah menghabiskan wang yang banyak untuk melalui pelbagai prosedur terutamanya prosedur saringan yang mahal, urusan pembelian tiket dan kos lain-lain. Namun, akhirnya tetap tidak dapat pulang ke Sarawak gara-gara insiden tersebut.

Entri tersebut telah mendapat lebih daripada 1K tanda suka dan 1.4K perkongsian.

Batal Saat Akhir, SDMC Gesa Syarikat Penerbangan Patuhi Jadual Yang Telah Ditetapkan
Batal Saat Akhir, SDMC Gesa Syarikat Penerbangan Patuhi Jadual Yang Telah Ditetapkan

“Kalau nak batal semua penerbangan, batal semua penerbangan pun tidak mengapa. Tapi janganlah anda batal penerbangan 30 minit sebelum berlepas!”

Harliyana Binti Patrick, rakyat Sarawak yang dibatalkan penerbangan saat akhir

SDMC dakwa AirAsia ingkar jadual penerbangan yang telah ditetapkan

Susulan itu, Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC) hari ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi dan menggesa syarikat penerbangan yang terlibat dengan penerbangan masuk ke Sarawak untuk patuh sepenuhnya terhadap jadual penerbangan yang telah dipersetujui dan diluluskan bersama Kementerian Pengangkutan Sarawak.

Batal Saat Akhir, SDMC Gesa Syarikat Penerbangan Patuhi Jadual Yang Telah Ditetapkan

Jadual tersebut telah dikeluarkan pada 23 Disember yang lalu dan mesti dipatuhi oleh syarikat penerbangan bagi membolehkan pihak SDMC bersedia untuk memastikan kapasiti kuarantin adalah mencukupi untuk penumpang yang datang ke Sarawak.

Malangnya, syarikat penerbangan Air Asia telah ingkar jadual penerbangan yang ditetapkan dan meletakkan penerbangan dari Kota Kinabalu ke Sibu pada jam 1 tengah hari pada hari Ahad (3 Januari 2020). Walau bagaimanapun, penerbangan tersebut dikatakan telah dibatalkan 30 minit sebelum berlepas. Mengikut jadual penerbangan SDMC, tiada penerbangan diluluskan dari Kota Kinabalu ke Sibu tetapi sebaliknya hanya ada penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuching iaitu pada setiap hari kecuali Khamis pada jam 12 tengah hari.

Batal Saat Akhir, SDMC Gesa Syarikat Penerbangan Patuhi Jadual Yang Telah Ditetapkan

Jelas SDMC lagi, pihaknya tidak mempunyai kaitan dengan keingkaran syarikat tersebut yang bertindak membatalkan penerbangan di saat akhir. Pihaknya turut menggesa semua pihak terutamanya syarikat penerbangan untuk mematuhi jadual yang telah diluluskan dari semasa ke semasa bagi membendung pandemik COVID-19.

Untuk mengetahui jadual penerbangan yang telah diluluskan oleh SDMC, anda boleh membaca artikel yang telah kami terbitkan sebelum ini :

Penerbangan tetap batal walaupun ditempah mengikut jadual SDMC – Netizen

Namun demikian, ruangan komen di entri tersebut turut menerima komen yang mengatakan bahawa penerbangan yang telah mereka tempah seperti yang dijadualkan mengikut jadual SDMC turut mengalami pembatalan di saat akhir. Ini tentunya masih menimbulkan rasa was-was dalam urusan pembelian tiket dan permohonan kebenaran masuk serta cuti bagi mereka yang bekerja.

Hmmm.

Batal Saat Akhir, SDMC Gesa Syarikat Penerbangan Patuhi Jadual Yang Telah Ditetapkan

Diharap perkara seperti ini tidak lagi berlaku kerana kejadian pembatalan penerbangan ini seolah-olah tidak berkesudahan. Sekiranya ia berterusan, apakah nasib rakyat biasa yang sering tertindas dan harus berbelanja besar untuk kembali ke tanah air tercinta walaupun telah mengikuti dengan sedaya upaya prosedur dan SOP?

Kita jaga kita.

Baca juga artikel berkaitan prosedur ke Sarawak :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Shopee Tawar Diskaun Sehingga RM 100 Untuk Tempahan Hotel Sempena Cuti-Cuti Malaysia
Next Article Hajat Mahu Buang Air Kecil, Tetapi Terjumpa Objek Menyerupai Bom Perang Dunia Kedua

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?