• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Halang Individu Masuk Sarawak Hanya Wajar Jika Lawatan Melibatkan Perlakuan Berunsur Perkauman

Oleh
Nazihah AN
5 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Halang Individu Masuk Sarawak Hanya Wajar Jika Lawatan Melibatkan Perlakuan Berunsur Perkauman

YB Karim menegaskan bahawa keputusan ini perlu pandangan ramai, dan bukan hanya satu dua orang sahaja

Halang Individu Masuk Sarawak Hanya Wajar Jika Lawatan Melibatkan Perlakuan Berunsur Perkauman. YB Karim Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, telah membuat kenyataan berkenaan isu larangan segelintir individu memasuki Sarawak.

Beliau menegaskan bahawa tiada keperluan untuk melarang Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, daripada memasuki Sarawak hanya atas dasar pandangan beliau yang dianggap tidak selesa oleh sesetengah rakyat Sarawak.

Halang Individu Masuk Sarawak Hanya Wajar Jika Lawatan Melibatkan Perlakuan Berunsur Perkauman

Halang Individu Masuk Sarawak Hanya Wajar Jika Lawatan Melibatkan Perlakuan Berunsur Perkauman

Walau bagaimanapun, YB Karim menekankan bahawa jika Dr Akmal datang ke Sarawak untuk menghasut dan mencetuskan ketidakharmonian, memecah-belahkan satu komuniti dengan komuniti lain atau satu agama dengan agama lain, maka beliau wajar dilarang masuk. Beliau menegaskan bahawa perkara yang sama turut terpakai bagi individu-individu lain, sama ada mereka ahli politik, guru agama, samada Muslim atau bukan Muslim, jika didapati menimbulkan ketegangan.

YB Karim menegaskan bahawa kerajaan Sarawak tidak boleh hanya mendengar pandangan satu atau dua orang sahaja untuk mengenakan larangan kemasukan. Beliau turut memberitahu bahawa jika Sarawak mengikuti langkah sebegini sejak dahulu, sudah tentu aktivis seperti Peter John Jaban sendiri akan turut dilarang pulang ke Sarawak.

Hal ini kerana aktivis tersebut juga pernah mengutuk kerajaan Sarawak sewaktu masih menjadi penyampai Radio Free Sarawak yang berpangkalan di London, United Kingdom, suatu ketika dahulu.

Larangan masuk hanya menyebabkan Sarawak tidak ‘digemari’ pada masa akan datang

Menurut YB Karim, jika semua orang yang menyuarakan pandangan berbeza perlu dilarang masuk, maka pada akhirnya tiada sesiapa akan datang ke Sarawak kerana mereka mungkin akan menyatakan sesuatu yang tidak selesa dengan rakyat Sarawak.

Namun, beliau menekankan bahawa kerajaan Sarawak mempunyai hak untuk memastikan keharmonian kaum dan agama yang dinikmati oleh rakyat Sarawak terpelihara. Kerajaan tidak mahu ada pihak yang mengganggu keadaan harmoni yang sedia ada.

Baca juga artikel menarik di bawah:

Aktivis Sabah Sarawak Desak Halang Individu ‘Provokatif’ Masuk Wilayah
Karim Anggap Penggunaan Perkataan Kafir Tak Sopan Buat Orang Bukan Islam
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lebih 2K Perkongsian, Wanita Ini Kongsi Resipi Suntong Merah Homemade Lebih 2K Perkongsian, Wanita Ini Kongsi Resipi Suntong Merah Homemade
Next Article Lelaki Alami Kemurungan Ditemui Meninggal Dunia Di Kediaman Di Batu Kitang Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Di Kediaman Di Batu Kitang

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?