• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lebih 2K Perkongsian, Wanita Ini Kongsi Resipi Suntong Merah Homemade

Oleh
Aina Musa
5 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Lebih 2K Perkongsian, Wanita Ini Kongsi Resipi Suntong Merah Homemade

Hidangan ‘premium’ semasa hari raya di Sarawak!

Lebih 2K Perkongsian, Wanita Ini Kongsi Resipi Suntong Merah Homemade. ‘Suntong merah’ memang sangat sinonim di Sarawak setiap kali musim perayaan. Tak kira semasa hari raya, tahun baharu Cina ataupun hari gawai snek ‘suntong’ ataupun sotong merah ini merupakan antara hidangan wajib di setiap rumah.

Lebih 2K Perkongsian, Wanita Ini Kongsi Resipi 'Suntong Merah' Homemade
Lebih 2K Perkongsian, Wanita Ini Kongsi Resipi ‘Suntong Merah’ Homemade. Kredit: Facebook

Namun tidak semua rumah mampu menghidangkan snek ini atas faktor harganya yang mahal sehingga boleh mencecah sekitar RM 100 sekilo. Disebabkan itu, seorang wanita bernama Nurul Diana telah berkongsi resipi cara pembuatan sotong merah ini.

Tambahnya walaupun proses agak rumit namun hasilnya sangat berbaloi.

Bahan-bahan:

Sotong kering 10 hingga 14 keping

Gula kastor secukupnya

Gula pasir secawan

Air secukupnya (untuk merendam sotong)

Pewarna merah 3 hingga 4 penutup botol

Cara penyediaan:

  1. Bakar sebentar sotong kering di atas api. Jangan terlalu lama supaya sotong tersebut tidak mengeras.
  2. Ketuk sotong tersebut menggunakan tukul bersih ataupun gunakan mesin khas untuk menjadikan sotong tersebut nipis.
Lebih 2K Perkongsian, Wanita Ini Kongsi Resipi 'Suntong Merah' Homemade

3. Selepas itu, carikkan sotong tersebut mengikut saiz yang diinginkan. Ketepikan sotong yang dicarikkan terlebih dahulu.

Lebih 2K Perkongsian, Wanita Ini Kongsi Resipi 'Suntong Merah' Homemade

4. Sediakan periuk. Satukan air, secawan gula, pewarna merah ke dalam periuk tersebut.

5. Panaskan bahan-bahan itu sehingga mendidih. Setelah mendidih tutupkan api dan sejukkan air tersebut untuk beberapa minit.

6. Selepas air bertukar suam-suam kuku, masukkan sotong kering yang telah dicarik dan biarkannya terendam selama 10 hingga 15 minit.

7. Toskan.

8. Selepas di tos, masukkan serbuk cili dan gula kastor mengikut cita rasa anda. Gaul sebati.

9. Selepas itu, jemurkan sehingga kering dibawah matahari.

10. Selepas kering, tambahkan gula kastor.

11. Siap untuk dihidang!

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/juadah-istimewa-hari-raya-ini-resipi-daging-masak-hitam-style-sarawak
Inilah Kelainan Tradisi Raya Aidilfitri Di Sarawak dan Sabah
Hanya Guna 4 Bahan Mudah, Ini Resipi Popia Cheese Rangup Dan ‘Confirm’ Ketagih
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berpanas Jual Burger, Netizen Bongkar Rupanya Dua Beradik Di Keningau Didera Ibu Bapa Berpanas Jual Burger, Netizen Bongkar Rupanya Dua Beradik Di Keningau Didera Ibu Bapa
Next Article Halang Individu Masuk Sarawak Hanya Wajar Jika Lawatan Melibatkan Perlakuan Berunsur Perkauman Halang Individu Masuk Sarawak Hanya Wajar Jika Lawatan Melibatkan Perlakuan Berunsur Perkauman

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?