• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hampir Bercerai, Pasangan Dari Kuching Ini Kongsi Kisah Disihir Oleh Kawan Baik Sendiri

Oleh
Aina Musa
9 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Hampir Bercerai, Pasangan Dari Kuching Ini Kongsi Kisah Terkena Sihir Oleh Kawan Baik Sendiri

Iri hati lihat kebahagian sahabat, rakan baik sanggup hantar sihir

Hampir Bercerai, Pasangan Dari Kuching Ini Kongsi Kisah Disihir Oleh Kawan Baik Sendiri. Biarpun teknologi moden bergerak pantas setiap hari, amalan sihir, santau atau menuntut ilmu bercanggah ajaran Islam masih diamalkan segelintir masyarakat Melayu negara ini.

Hampir Bercerai, Pasangan Dari Kuching Ini Kongsi Kisah Terkena Sihir Oleh Kawan Baik Sendiri
Hampir Bercerai, Pasangan Dari Kuching Ini Kongsi Kisah Terkena Sihir Oleh Kawan Baik Sendiri. Kredit: Iskandar Dedek

Kebiasaanya, pelaku amalan terkutuk ini biasanya mengamalkan amalan tersebut disebabkan dengki atau tidak senang duduk melihat kehidupan orang lain.

Sejak dahulu lagi, hanya kerana ‘dengki’ ada segelintir individu yang tidak berhati perut tergamak menggunakan ilmu sihir semata-mata mahu menjatuhkan orang lain angkara tidak dapat melihat kesenangan dan kebahagiaan orang lain.

Hairan sering bergaduh walaupun bukan isu besar

Itulah yang berlaku kepada pasangan suami isteri ini apabila mereka mendakwa telah terkena sihir sehingga membuatkan mereka sering bergaduh walaupun sekadar isu-isu kecil.

Pengalaman pahit itu dikongsi oleh individu bernama Iskandar Dedek menerusi akaun Facebook beliau.

Hampir Bercerai, Pasangan Dari Kuching Ini Kongsi Kisah Terkena Sihir Oleh Kawan Baik Sendiri

Menerusi hantaran tersebut, perkara terkutuk itu diketahui oleh beliau apabila beliau menjumpai bungkusan yang mencurigakan yang dibaluti benang-benang merah.

Lebih mengejutkan bungkusan itu mengandungi gambar-gambar beliau bersama isteri beliau.

Menurutnya, penemuan itu akhirnya sedikit-sebanyak memberi jawapan kepada punca mereka bergaduh walaupun hanya masalah remeh.

Pasangan itu hampir bercerai

Tambahnya, sihir itu telah membuatkan kedua pasangan suami isteri sering bercakaran sehingga isterinya sanggup menuntut cerai darinya.

Isteri beliau turut dikatakan mengalami sakit di bahagian peranakan dan tidak datang haid untuk beberapa tempoh berpunca daripada sihir itu.

Dalam posting itu juga, beliau turut berkongsi sihir tersebut telah dihantar oleh orang-orang terdekat iaitu sahabat baiknya sendiri.

Difahamkan, akibat ‘iri hati’ dengan kebahagiaan pasangan itu, pelaku tersebut sanggup melakukan amalan terkutuk itu demi kepuasan hati beliau.

Baca lagi artikel terkini di sini:

Keunikan Hidangan Sarawak Di Penang, Nasi Goreng Ulat Mulong Menjadi Bualan Ramai
Ketua Kaum Dilihat Buat Kerja Pembersihan Sendirian Di Kpg Asajaya Ulu Raih Pujian Dari Netizen
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Keunikan Hidangan Sarawak Di Penang, Nasi Goreng Ulat Mulong Menjadi Bualan Ramai Keunikan Hidangan Sarawak Di Penang, Nasi Goreng Ulat Mulong Menjadi Bualan Ramai
Next Article Sampah Bertaburan Makin Parah Di MJC, Netizen Bengang Sikap Penduduk Tidak Bertanggungjawab Sampah Bertaburan Makin Parah Di MJC, Netizen Bengang Sikap Penduduk Tidak Bertanggungjawab

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?