• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sampah Bertaburan Makin Parah Di MJC, Netizen Bengang Sikap Penduduk Tidak Bertanggungjawab

Oleh
Nazihah AN
9 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Sampah Bertaburan Makin Parah Di MJC, Netizen Bengang Sikap Penduduk Tidak Bertanggungjawab

Mentaliti kelas ketiga

Sampah Bertaburan Makin Parah Di MJC, Netizen Bengang Sikap Penduduk Tidak Bertanggungjawab. Jijik dan mencacatkan pemandangan! Itulah situasi yang dapat dilihat menerusi gambar yang memaparkan keadaan sampah bertaburan yang dipercayai berlaku di Kuching.

Menerusi hantaran beberapa gambar di laman Facebook milik Ralph Pang, kelihatan tiga tong sampah yang masih mempunyai ruang dikelilingi dengan sampah sarap bekas makanan dan minuman dan juga sampah yang besar seperti tayar, pendingin hawa, bantal dan banyak lagi yang bertaburan.

Sampah Bertaburan Makin Parah Di MJC, Netizen Bengang Sikap Penduduk Tidak Bertanggungjawab
Kredit gambar: FB Ralph Pang

Keadaan sampah bertaburan tersebut berlaku di MJC, Batu Kawa

Keadaan itu bukan sahaja mencacatkan pemandangan, malah ia juga akan mengundang rasa kurang selesa selain risiko kepada para pengunjung di kawasan tersebut, lagi-lagi kawasan tersebut adalah bangunan kedai-kedai dan juga penghuni yang menyewa di bangunan tersebut.

Difahamkan bahawa keadaan sampah bertaburan tersebut berlaku di MJC, Batu Kawa. Menurut pemilik akaun tersebut, keadaan di tempat pembuangan sampah itu semakin parah. Beliau aktif mengemaskini keadaan semasa di kawasan pengumpulan sampah tersebut.

Sampah Bertaburan Makin Parah Di MJC, Netizen Bengang Sikap Penduduk Tidak Bertanggungjawab
Sampah Bertaburan Makin Parah Di MJC, Netizen Bengang Sikap Penduduk Tidak Bertanggungjawab

Pihak pengumpul sampah juga seperti tidak menghiraukan keadaan sampah yang bertaburan di kawasan tersebut.

Baru-baru ini beliau berkongsi gambar memperlihatkan keadaan kawasan tersebut pada pukul 7 pagi tadi. Jelas beliau menerusi kapsyennya:

Lori sampah datang setiap hari tetapi mereka tidak pernah membersihkan apa yang tidak ada di dalam tong dan sampah itu hampir menutupi jalan”

FB Ralph Pang

Sikap masyarakat yang gagal mengurus sampah dengan cara yang betul memperlihatkan mereka tidak ubah seperti memiliki mentaliti rakyat kelas ketiga. Pihak pengumpul sampah juga seperti tidak menghiraukan keadaan sampah yang bertaburan di kawasan tersebut.

Rata-rata pengguna Facebook juga kecewa dengan situasi yang berlaku kerana menganggap situasi itu mencerminkan tahap kesedaran pengunjung yang sangat rendah untuk menjaga alam sekitar.

Sampah Bertaburan Makin Parah Di MJC, Netizen Bengang Sikap Penduduk Tidak Bertanggungjawab
Kredit gambar: FB Ralph Pang

Lagi artikel semasa yang anda boleh baca di pautan bawah:

Ketua Kaum Dilihat Buat Kerja Pembersihan Sendirian Di Kpg Asajaya Ulu Raih Pujian Dari Netizen
Hampir Bercerai, Pasangan Dari Kuching Ini Kongsi Kisah Disihir Oleh Kawan Baik Sendiri
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hampir Bercerai, Pasangan Dari Kuching Ini Kongsi Kisah Terkena Sihir Oleh Kawan Baik Sendiri Hampir Bercerai, Pasangan Dari Kuching Ini Kongsi Kisah Disihir Oleh Kawan Baik Sendiri
Next Article Dedah Salasilah Keluarga Yang Menyentuh Hati, Moyang Chef Wan Rupanya Seorang Kapitan Di Sarawak Dedah Salasilah Keluarga Yang Menyentuh Hati, Moyang Chef Wan Rupanya Seorang Kapitan Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?