• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hampir Diserang, Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan Ke Arah Sarang Buaya Yang Ditemui Di Taman Malihah

Oleh
Husna Hazmi
13 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Buaya 14 kaki muncul dari sarang cuba menyerang anggota polis dan kakitangan SFC.

Hampir Diserang, Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan Ke Arah Sarang Buaya Yang Ditemui Di Taman Malihah. Dilaporkan, anggota dari Balai Polis Batu Kawa terpaksa melepaskan 4 das tembakan ke arah seekor buaya yang cuba menyerang mereka pada Khamis semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, kejadian tersebut berlaku di kawasan tebing sebuah kolam terbiar di Taman Malihah, Matang sekitar jam 3.30 petang.

Beliau berkata anggota tersebut telah ditugaskan ke lokasi kejadian untuk menjaga keselamatan selepas menerima laporan penemuan sarang buaya.

Hampir Diserang, Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan Ke Arah Sarang Buaya Yang Ditemui Di Taman Malihah
Hampir Diserang, Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan Ke Arah Sarang Buaya Yang Ditemui Di Taman Malihah. Gambar sekadar hiasan

Buaya berukuran 14 kaki muncul dari kolam

Menurut laporan, seekor buaya berukuran kira-kira 14 kaki muncul dari dalam kolam tersebut terus naik ke tebing dan cuba menyerang anggota terbabit.

Bagi menyelamatkan diri, tiga das tembakan dilepaskan ke arah mulut dan kepala buaya tersebut pada jarak enam kaki serta satu lagi das tembakan dilepaskan ke arah kepalanya sebelum buaya tersebut masuk semula ke dalam kolam.

Hampir Diserang, Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan Ke Arah Sarang Buaya Yang Ditemui Di Taman Malihah
Kredit foto: Utusan Borneo

Semua anggota dan kakitangan dilaporkan selamat

Semua anggota polis dan kakitangan Sarawak Forestry Corporation (SFC) yang menertai operasi dilaporkan selamat.

Dalam masa yang sama, Superintendan Abang Zainal juga menegaskan agar orang awam adalah dilarang untuk ke lokasi kejadian atas faktor keselamatan.

Operasi memburu buaya tersebut akan diteruskan lagi pada hari ini.

Lagi cerita menarik buat anda di sini:

Rompak Kedai 24 Jam Di Matang, Perompak Berjubah Bersenjatakan Parang Sempat Dirakam CCTV
Tular Kubur Bill Kayong Dirosakkan Di Miri, Netizen Risau Dan Gesa Ada Tindakan Sewajarnya
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article IPD Sibu Tawar Diskaun 50% Saman Trafik Pada 14 Dan 15 Januari Ini IPD Sibu Tawar Diskaun 50% Saman Trafik Pada 14 Dan 15 Januari Ini
Next Article KPDN Sarawak Tetapkan Harga Siling Untuk Daging Babi Dan 7 Barang Lain, Ini Senarainya KPDN Sarawak Tetapkan Harga Siling Untuk Daging Babi Dan 7 Barang Lain, Ini Senarainya

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?