• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

KPDN Sarawak Tetapkan Harga Siling Untuk Daging Babi Dan 7 Barang Lain, Ini Senarainya

Oleh
Nazihah AN
13 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
KPDN Sarawak Tetapkan Harga Siling Untuk Daging Babi Dan 7 Barang Lain, Ini Senarainya

Berikut adalah senarai harga maksimum barangan sempena Tahun Baru Cina Bagi Kuching, Lundu, Bau, Serian, Simunjan, Samarahan dan Asajaya.

KPDN Sarawak Tetapkan Harga Siling Untuk Daging Babi Dan 7 Barang Lain, Ini Senarainya. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengumumkan harga siling daging babi yang dinanti-nantikan untuk Tahun Baharu Cina (CNY).

Menerusi laman Facebook, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub telah memuat naik kongsian di mana beliau menghadiri pengumuman Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina.

KPDN Sarawak Tetapkan Harga Siling Untuk Daging Babi Dan 7 Barang Lain, Ini Senarainya
KPDN Sarawak Tetapkan Harga Siling Untuk Daging Babi Dan 7 Barang Lain, Ini Senarainya. Sumber: Facebook

Berkuatkuasa 15 Januari hingga 29 Januari 2023 (15 hari)

Seperti kelaziman sambutan perayaan di negara ini, SHMMP dilaksanakan sebagai langkah untuk menstabilkan harga barangan dan memastikan keberadaan bekalan di pasaran sebelum, semasa dan selepas perayaan.

Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina pada 22 Januari ini, pihak mereka akan melaksanakan SHMMP Tahun Baharu Cina 2023 yang berkuatkuasa dari 15 Januari hingga 29 Januari 2023 iaitu selama 15 hari. Lapan jenis barangan akan diwartakan bagi pelaksanaan SHMMP Tahun Baru Cina 2023 ini.

KPDN Sarawak Tetapkan Harga Siling Untuk Daging Babi Dan 7 Barang Lain, Ini Senarainya
KPDN Sarawak Tetapkan Harga Siling Untuk Daging Babi Dan 7 Barang Lain, Ini Senarainya

Dalam masa yang sama, penetapan harga ayam dan telur ayam yang sedang berkuatkuasa juga akan diteruskan. Berikut adalah senarai harga maksimum barangan sempena Tahun Baru Cina Bagi Kuching, Lundu, Bau, Serian, Simunjan, Samarahan dan Asajaya.

Bil.BaranganUnitBorong (RM)Runcit (RM)
1.Kubis Bulat Import
(Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing)
1kg4.005.00
2.Ubi Kentang Import (China)1kg3.004.00
3.Bawang Putih (China)1kg7.008.50
4.Ikan Bawal Putih (200 gram hingga 400 gram seekor)1kg37.0040.00
5.Udang Putih (41 ekor hingga 60 ekor sekilogram)1kg32.0035.00
6.Babi Hidup (ladang sahaja)1kg15.0015.00
7.Daging Babi (perut)1kg28.0030.00
8.Daging Babi (daging dan lemak)1kg25.0027.00

Penentuan harga ini dibuat dengan mengambil kira pandangan dari pemain industri, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), serta agensi-agensi di bawahnya. SHMMP Tahun Baru Cina 2022 ini dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

KPDN Sarawak Tetapkan Harga Siling Untuk Daging Babi Dan 7 Barang Lain, Ini Senarainya
Sumber: Facebook

Kerajaan berharap semua pihak dapat mematuhi harga-harga yang telah ditetapkan ini dan menggunakan label merah jambu bagi barangan tersebut

Kita telah menugaskan Pegawai-Pegawai Penguat Kuasa KPDN di lokasi-lokasi strategik seperti di pasar awam, pasar tani dan pusat membeli-belah barangan keperluan perayaan.”

Strategi ini membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan di mana tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna dan tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga sekiranya berlaku ketidakpatuhan.

Lagi artikel semasa yang anda boleh baca. Klik pautan bawah:

Harga Melonjak Naik, Netizen Boikot Daging Babi Sampai Gawai Minta Kerajaan Kawal Harga
Hampir Diserang, Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan Ke Arah Sarang Buaya Yang Ditemui Di Taman Malihah

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hampir Diserang, Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan Ke Arah Sarang Buaya Yang Ditemui Di Taman Malihah
Next Article Abang Jo Rancang Tubuh Tabung Dana Pencen Buat Penjawat Awam Negeri Abang Jo Rancang Tubuh Tabung Dana Pencen Buat Penjawat Awam Negeri

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?