• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hanya Ada Makmal Sekolah, 3 Pelajar Di Sabah Cuba Cipta Bioplastik Dari Rumpai Laut

Oleh
ILB - AI
10 Mac 2023
Kongsi
6 Min Bacaan
Hanya Ada Makmal Sekolah, 3 Pelajar Di Sabah Cuba Cipta Bioplastik Dari Rumpai Laut

3 pelajar ini sedang berusaha mencari penyelesaian untuk mengatasi masalah sampah laut

Hanya Ada Makmal Sekolah, 3 Pelajar Di Sabah Cuba Cipta Bioplastik Dari Rumpai Laut. Tiga pelajar Tingkatan 3 dari Semporna baru-baru ini mengambil perhatian ramai apabila mereka dilaporkan mencuba mencipta bioplastik daripada rumpai laut merah yang biasa ditemui di Sabah.

Hanya dilengkapi dengan makmal sekolah mereka, mereka berharap kejayaan mereka akan menjadi salah satu penyelesaian untuk mengatasi masalah sampah laut yang melanda lautan kita.

Hanya Ada Makmal Sekolah, 3 Pelajar Di Sabah Cuba Cipta Bioplastik Dari Rumpai Laut

Plastik yang mengancam hidupan laut mendorong tiga pelajar ini mengikuti eksperimen yang dimulakan oleh senior mereka

Menurut laporan, pelajar Tingkatan 3 Fahim Nazhan, bersama dua rakan sekelasnya yang juga merupakan pasangan kembar seiras, Muhammad Fauzan Lakarani dan Muhammad Fauzi Lakarani, kini sedang berusaha mencipta bioplastik dari rumpai laut merah – eksperimen yang pada mulannya dimulakan oleh senior mereka.

Pelajar Maktab Rendah Sains MARA itu didorong untuk mengikuti eksperimen tersebut akibat sampah laut yang terdiri daripada sisa plastik boleh mengancam kehidupan laut dan turut menyumbang kepada laut tercemar dan kotor.

Keadaan sekitar pantai dan laut Semporna dipenuhi dengan sisa plastik. Kredit: The World Economic Forum

Menurut Fahim, beliau mahu bioplastik berasaskan rumpai laut menjadi “sebahagian daripada penyelesaian.” Malah, beliau berharap projek ini dapat menjadikan bumi tempat yang lebih baik kerana mereka dapati plastik adalah masalah besar bukan sahaja kepada negeri Sabah malah negara kita.

Difahamkan, mereka mahu menggunakan sejenis rumpai laut merah yang biasa ditemui di Sabah, iaitu Kappaphycus, untuk menghasilkan bioplastik yang boleh terurai dalam masa sekitar 3 – 4 minggu. Kebiasaannya, plastik biasa akan memakan masa ratusan tahun untuk terurai.

Rumpai laut merah atau Kappaphycus mudah didapati di Sabah. Kredit: Aqil Haziq Mahmud via CNA

Pelbagai cabaran perlu dihadapi

Antara cabaran yang perlu mereka hadapi adalah kesukaran untuk menghasilkan bioplastik yang bertahan lama serta kalis air, seperti plastik berasaskan minyak.

Bukan sahaja proses untuk menghasilkan bioplastik ini mahal, mereka juga perlu mempertimbangkan kos akibat plastik berasaskan minyak yang dihasilkan dalam kuantiti yang banyak turut dijual murah untuk kegunaan harian.

Plastik biasa seperti ini memakan masa ratusan tahun untuk terurai.

Difahamkan, kumpulan ini berharap untuk mengkomersialkan produk ini di Malaysia dan mungkin di peringkat antarabangsa.

Berbekalkan makmal sekolah mereka sahaja, pengetahuan dan pengalaman sains peringkat sekolah menengah yang dikongsi oleh senior mereka, kumpulan ini memutuskan untuk memulakan projek mereka sebagai sebahagian daripada kelas sains tahun lepas.

Meskipun bahan mentah mudah diperolehi, proses untuk menghasilkan bioplastik daripada rumpai laut merah ini bukanlah proses mudah. Malah, mereka telah melalui proses ini, yang turut memakan masa, berpuluh-puluh kali sepanjang tahun lalu – kebanyakkannya menggunakan kaedah ‘cuba dan ralat’.

Mereka juga perlu menghadapi masa yang padat, di mana jadual harian mereka melibatkan aktiviti bilik darjah dan ulang kaji. Manakala, hujung minggu mereka dikhaskan untuk kelas tambahan dan aktiviti kokurikulum.

Kredit: Aqil Haziq Mahmud via CNA

Mengorbankan masa malam di makmal sains

Menurut Fauzi, mereka telah menghabiskan beberapa malam di makmal sains, bersengkang mata kerana mahu memastikan produk mereka tidak terbakar. Pernah juga sekali Fauzi tertidur dan hanya dikejutkan dengan bau terbakar.

Meskipun mengalami cabaran seperti ini, mereka berkata mereka tidak akan berputus asa dan ingin menghasilkan alat perkakas dan straw prototaip pada masa depan.

Kredit: Aqil Haziq Mahmud via CNA

Ia juga difahamkan kumpulan ini akan mula mengambil mata pelajaran kelas kimia tahun depan dan berharap kelas ini dapat membantu mereka menjadikan produk mereka lebih tahan lama dengan mengetahui bahan kimia yang perlu ditambah.

Encik Shahrul Hafiz Abdul Ghani, seorang guru Maktab Rendah Sains MARA dan juga merupakan mentor kepada kumpulan itu, berkata beliau akan menyelia projek berkenaan melalui program lima tahun pelajarnya. Difahamkan, projek itu hanya dibiayai oleh sekolah dan kadangkala wang sendiri.

(Dari kiri) Fahim, Fauzi dan Fauzan menunjukkan antara hasil projek mereka. Kredit: Aqil Haziq Mahmud via CNA

Beliau berharap dengan adanya prototaip lain, mereka boleh mencari pelabur untuk melabur dalam projek berkenaan dan hasilnya boleh dijual untuk mengurangkan impak pencemaran.

Tambah salah seorang daripada kumpulan itu, Fahim, beliau berkata mereka tidak tahu sama ada mereka akan berjaya tetapi mereka akan tetap cuba. Bukan sahaja mereka memerlukan keyakinan, tetapi lebih banyak kajian harus dibuat juga.

Memang mantap kumpulan ini. Sama ada berjaya atau tidak, usaha untuk menghasilkan bioplastik pada umur yang masih muda ni bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Semoga kajian mereka membuahkan hasil dan projek mereka dibiayai oleh pelabur untuk memajukannya.

Lagi di sini:

Malaysia Didapati Antara Pencemar Utama Sampah Plastik Di Lautan, Tapi Satu Asia Sekolahkan Kajian Ini
Contoh Terbaik, Lelaki Jepun Ini Tolong Kutip Sampah Selepas Festival Layang-Layang Antarabangsa Kabong 2023
SUMBER :CHANNEL NEWS ASIA
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Nikmati Menu Enak Dekat Bangunan Unik Penuh Sejarah Di The Round Tower 1886 Restaurant Kuching
Next Article Selain Kerbau 'Beliang', Ini 5 Lagi Kompilasi Mercu Tanda Di Sarawak Bikin Netizen Geli Hati Selain Kerbau ‘Beliang’, Ini 5 Lagi Kompilasi Mercu Tanda Di Sarawak Bikin Netizen Geli Hati

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?