• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Selain Kerbau ‘Beliang’, Ini 5 Lagi Kompilasi Mercu Tanda Di Sarawak Bikin Netizen Geli Hati

Oleh
Aina Musa
10 Mac 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Selain Kerbau 'Beliang', Ini 5 Lagi Kompilasi Mercu Tanda Di Sarawak Bikin Netizen Geli Hati

Mercu tanda dan daerah di Sarawak

Selain Kerbau ‘Beliang’, Ini 5 Lagi Kompilasi Mercu Tanda Di Sarawak Bikin Netizen Geli Hati. Di Sarawak khasnya, terdapat beberapa pusat bandar yang mempunyai maskot tersendiri. Malah lambang dan juga mercu tanda itu menjadi sebuah identiti yang membantu dalam mempromosi keistimewaan bandar kepada orang luar.

Isi Isi Penting
  • 1. Kuching
  • 2. Lachau
  • 3. Kanowit
  • 4. Limbang
  • 5. Kota Samarahan

1. Kuching

Kuching, sebuah bandaraya yang terletak di Sarawak telah ditetapkan sebagai pusat pentadbiran pada 1 Ogos 1988. Yang paling menarik tentang Kuching adalah maskotnya yang popular iaitu seekor kucing. Kucing telah menjadi maskot kepada bandaraya ini kerana dianggap sebagai haiwan yang membawa tuah menurut kepercayaan lama. Menarik bukan?

Tetapi tahukah anda terdapat satu lagi mercu tanda di Kuching yang menarik perhatian ramai iaitu replika seekor Orang Utan. Mercu tanda ini terletak di Jalan Batu 4, Kuching.

Selain Kerbau 'Beliang', Ini 5 Lagi Kompilasi Mercu Tanda Di Sarawak Bikin Netizen Geli Hati
Selain Kerbau ‘Beliang’, Ini 5 Lagi Kompilasi Mercu Tanda Di Sarawak Bikin Netizen Geli Hati. Kredit: Amazing Sarawak

2. Lachau

Bagi sesetengah orang yang pertama kali mendengar nama daerah ini mesti keliru dengan nama daerah ini yang seakan-akan mencarut. Tetapi, tahukah anda Lachau ini sebenarnya merujuk kepada nama sejenis cicak iaitu Lachau.

Difahamkan, nama pekan ini diambil sempena nama cicak mengkarung yang disebut sebagai cicak lachau dalam kalangan warga Melayu Sarawak.

Selain Kerbau 'Beliang', Ini 5 Lagi Kompilasi Mercu Tanda Di Sarawak Bikin Netizen Geli Hati

3. Kanowit

Masyarakat Kanowit ini dikatakan adalah masyarakat pertama yang membuka Kanowit itu sendiri malah nama Kanowit itu sendiri merujuk kepada keberadaan masyarakat ini di daerah itu suatu waktu dahulu.

Selain Kerbau 'Beliang', Ini 5 Lagi Kompilasi Mercu Tanda Di Sarawak Bikin Netizen Geli Hati

Terdapat sebuah tugu ikan duyung di Kanowit yang bersebelahan dengan Kubu Emma. Cerita dari orang tua di Kanowit menyatakan bahawa semasa proses pembinaan Kubu Emma, terdapat susuk ikan duyung yang timbul di Muara Kanowit. Ramai masyarakat tempatan dan penjawat Eropah yang bekerja dengan Kerajaan Negara Sarawak pada ketika itu melihat kelibat ikan duyung ini. Tugu ikan duyung dibina sebagai pengingatan kepada peristiwa ini.

4. Limbang

Kalau di Serian kita ada kerbau ‘beliang’, di Limbang pula kita ada replika kerbau dengan karakter bengis dan garang.

Kerbau merupakan haiwan ternakan yang amat penting dalam kehidupan dan budaya kaum Bisaya di Utara Sarawak. Dengan itu, tidak hairanlah Replika Kerbau Jantan dibina ditengah-tengah jalan bulatan Buangsiol sebagai mercu tanda bandar Limbang yang cukup sinonim dengan “Lumba Kerbau”.

Jadi tidak hairanlah replika kerbau tersebut dilihat bengis!

5. Kota Samarahan

Daripada semua senarai tersebut, daerah ini dikatakan paling terkenal khususnya buat warga Kuching dan sekitar. Sebut sahaja nama Samarahan, pasti akan terus terbayang akan kesesakan lalu lintasnya yang melampau.

Bahkan, ada yang tampil kreatif sehingga menukar nama daerah ini dari Samarahan ke Jemarahan.

Baca lagi artikel menarik:

Mempunyai Makna Tersendiri, Kenali Keunikan Mercu Tanda Setiap Bandar Di Sarawak
Mercu Tanda Baru Di Serian, Netizen Terhibur Lihat Replika Kerbau ‘Beliang’ Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hanya Ada Makmal Sekolah, 3 Pelajar Di Sabah Cuba Cipta Bioplastik Dari Rumpai Laut Hanya Ada Makmal Sekolah, 3 Pelajar Di Sabah Cuba Cipta Bioplastik Dari Rumpai Laut
Next Article Berwajah Baharu, Dataran Labuan Kini Dihiasi Indah Serta Dilengkapi Kemudahan Menarik

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?