I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Hanya Buat Aduan Di FB, Tindakan Pantas Fahmi Atasi Isu Internet Di Sarawak Dipuji Netizen
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hanya Buat Aduan Di FB, Tindakan Pantas Fahmi Atasi Isu Internet Di Sarawak Dipuji Netizen

Oleh Aina Syafiqah Musa 22 Disember 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Hanya Buat Aduan Di FB, Tindakan Pantas Fahmi Atasi Isu Internet Di Sarawak Dipuji Netizen

Ini baru bukti menteri buat kerja

Hanya Buat Aduan Di FB, Tindakan Pantas Fahmi Atasi Isu Internet Di Sarawak Dipuji Netizen. Hari ini, satu hantaran yang dimuat naik oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mendapat ribuan pujian dan sokongan daripada netizen Sarawak atas respons pantasnya terhadap aduan rakyat melalui media sosial.

Hanya Buat Aduan Di FB, Tindakan Pantas Fahmi Atasi Isu Internet Di Sarawak Dipuji Netizen. Sumber: Borneo Post

Dalam hantaran Facebooknya hari ini, menteri itu berkata beliau menerima aduan berhubung masalah liputan rangkaian di Sungai Asap, Belaga.

Disebabkan oleh masalah ‘blackhaul’

“Saya telah berhubung dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mendapatkan maklum balas, saya difahamkan terdapat masalah ‘backhaul’ yang dikenal pasti oleh Sacofa Sdn Bhd,” katanya.

Menurut Fahmi, Sacofa mengerahkan pasukan operasi dan pengurusannya ke lokasi malam tadi dan kerja-kerja penyambungan gentian sedang dijalankan.

“Insya-Allah perkhidmatan dijangka pulih hari ini,” katanya.

Dalam hantaran itu, beliau turut berkongsi aduan yang dibuat oleh netizen menerusi Facebook beliau. Pengguna Facebook bernama Ruth Diane menyeru Fahmi dan wakil rakyat Belaga untuk menangani masalah liputan rangkaian di Sungai Asap.

Beliau menegaskan bahawa liputan rangkaian di kawasan itu sebelum ini kukuh.

“Jumaat ini, saya perlu membuat pembentangan kepada HOD saya untuk projek master saya,” katanya sambil meminta tindakan segera diambil untuk menyelesaikan isu itu.

Terus dihujani pujian oleh netizen Sarawak

Menjawab posting Fahmi, netizen berkata mereka berbesar hati menteri itu menggunakan sepenuhnya teknologi digital untuk menyelesaikan masalah rakyat berkaitan kementeriannya.

Tambah netizen, “tahun 2022, undian kami berjaya membuat perubahan, berbaloi dan berharga”.

Tidak kurang juga yang memuji tindakan pantas Fahmi memenuhi portfolionya dengan baik dan tindakan segera diambil tidak kira di mana aduan diketengahkan, tanpa perlu menulis surat aduan.

Awal bulan ini, Fahmi turut membantu menangani masalah telco pengguna di Nanga Ngungun, Kanowit susulan laporan The Borneo Post.

Baca lagi artikel terkini di sini:

Taiyo Yuden, Syarikat Elektronik Jepun Jadikan Sarawak Sebagai Pangkalan Operasi Terbesarnya
Passport Biru Ke Sabah, Sarawak Masih Jadi Perdebatan Panas Antara Netizen Di Media Sosial
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Passport Biru Ke Sabah, Sarawak Masih Jadi Perdebatan Panas Antara Netizen Di Media Sosial
Next Article 'Ni Santa Claus Datang Naik Lion Dance,' Hiasan Krismas x CNY Di Suria Mall Sabah Buat Netizen Terhibur ‘Ni Santa Claus Datang Naik Lion Dance,’ Hiasan Krismas x CNY Di Suria Mall Sabah Buat Netizen Terhibur

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?