Ramai lagi masih berdebat mengenai Passport Biru untuk ke Sabah, Sarawak.
Passport Biru Ke Sabah, Sarawak Masih Jadi Perdebatan Panas Antara Netizen Di Media Sosial. Baru-baru ini, terdapat sebuah ciapan di Twitter yang berkongsi tentang Passport Biru ke Sabah, Sarawak di mana ramai lagi yang belum mengetahui tentangnya.
Pengguna Twitter tersebut berkata orang Semenanjung, bekerja di Sabah dan Sarawak lebih daripada 3 bulan perlu membuat passport tersebut.
Namun, ciapan tersebut telah menerima komen dan perdebatan di antara netizen. Membalas ciapan Twitter yang berkongsikan hal Passport Biru tersebut, ada yang berkata bahawa;

Eleh, orang Borneo kalau taktau kesusahan keperitan birokrasi SOP kejadah nak masuk negeri korang ni tak payah bising la… Hadap dulu, baru cite.. Jangan asyik nak bash ughang Malaya je.”
komen salah seorang netizen.
Apabila dibalas komennya itu oleh seorang pengguna Twitter lain di mana dia menyoalkan- “Mengapa mengadu bagaikan undang-undang ini menyusahkan dirinya? Kenapa tak minta dipindahkan sahaja kalau rasa benda ini menyusahkan?”

Memang a BURDEN pon, Realiti, tak payah nak menidakkan kebenaran dengan acah acah savage halau orang. As i said before, kalau tak tahu susahnya benda tu, tak payah nak bash orang je keje.. kalau korang cukup human resource, tak perlu orang semenanjung dicampak ke sana.
tambahnya lagi.
Lagi di sini tangkap layar komen-komen pengguna Twitter mengenai Passport Biru tersebut:

Penerangan mengenai Passport Biru
Untuk pengetahuan, pada Perjanjian Malaysia (MA63) ketika pembentukan negara Malaysia, antara undang-undang yang telah termaktub di dalam perjanjian ini adalah undang-undang imigresen kedua-dua negeri Sabah dan juga Sarawak.
Kedua-dua negeri ini mempunyai autonomi yang lebih besar ke atas imigresesn mereka di mana warga Malaysia dari Semenanjung dikehendaki menggunakan dokumen khas untuk memasuki dua negeri ini. Sekatan ini juga telah termaktub dalam Seksyen 66 Alta Imigresen 1959/1963.
Oleh demikian, warga Malaysia dari Semenanjung yang ingin ke Sabah dan Sarawak akan diberikan sekeping kertas yang digelar ‘Dokumen Gantian Perjalanan’ oleh pegawai imigresen. Tetapi dokumen tersebut hanya untuk bercuti dengan tempoh 90 sahaja.

Tempoh menetap lebih dari 3 bulan
Jika warga Malaysia dari Semenanjung memerlukan tempoh menetap yang lebih lama iaitu lebih daripada 3 bulan, mereka memerlukan passport biru. Namun, passport biru ini hanya boleh digunakan oleh pekerja dan penjawat awam dari Semenanjung yang berwarganegara Malaysia sahaja.
Tidak dapat dinafikan perkara ini mungkin sukar diterima oleh sesetengah pihak, walaubagaimanapun, kita sebagai rakyat Malaysia yang ingin hidup harmoni bersama perlulah mematuhi dan menghormati undang-undang yang sudah sedia ada.
Diharap agar kita semua mengambil pengajaran kepada kisah ini agar sentiasa berhati-hati dalam berkongsi apa-apa di media sosial.