• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Hanya Dengan Budget Bawah RM50, Ini Adalah Senarai Tempat Berbuka Yang Murah Di Kuching

Oleh
Nazihah AN
2 April 2022
Kongsi
5 Min Bacaan
Hanya Dengan Budget Bawah RM50, Ini Adalah Senarai Tempat Berbuka Yang Murah Di Kuching

Ramadan dah dekat dah!

Hanya Dengan Budget Bawah RM50, Ini Adalah Senarai Tempat Berbuka Yang Murah Di Kuching. Pejam celik, esok dah masuk bulan puasa dah! Kejap je rasanya, kan? Korang dah prepare apa-apa ke untuk bulan puasa kali ini?

Setiap kali bulan Ramadan, benda paling excited waktu berpuasa adalah menu berbuka puasa, betul tak? Ya lah, dah satu hari tahan lapar dan dahaga, mesti sibuk fikir pasal menu makanan pastu tercari-carilah tempat menarik, sedap dan paling penting murah, kan?

Hanya Dengan Budget Bawah RM50, Ini Adalah Senarai Tempat Berbuka Yang Murah Di Kuching
Hanya Dengan Budget Bawah RM50, Ini Adalah Senarai Tempat Berbuka Yang Murah Di Kuching. Gambar hiasan

Dengan hanya bajet bawah RM50 sahaja anda boleh menikmati pelbagai juadah berbuka!

Untuk anda yang ingin mencari tempat berbuka bersama keluarga tersayang, yang berbaloi dan murah. Di sini kami sertakan senarai beberapa buah tempat yang menawarkan buffet Ramadan yang sedap dan hanya bawah RM50 per orang! Berbaloi untuk anda berbuka puasa bersama keluarga di sini.

Jangan risau! tempat yang kami senaraikan ini semuanya halal. Anda boleh semaknya di laman Facebook rasmi mereka masing-masing. Mari kita lihat:

1

Hotel Seri Liny, Jalan Haji Taha

Beroperasi dari 3 April – 2 Mei 2022
Hanya Dengan Budget Bawah RM50, Ini Adalah Senarai Tempat Berbuka Yang Murah Di Kuching
Sumber gambar: FB Nur Maisha Ent

Hotel Seri Liny ini terletak di jalan Haji Taha (bersebelahan dengan pejabat GPS). Hotel Seri Liny menawarkan buffet Ramadan yang termurah di Kuching! Anda hanya membayar RM29 untuk dewasa, manakala kanak-kanak umur 7-12 tahun hanya RM15 dan kanak-kanak bawah umur 6 tahun PERCUMA. Haa …best kan?

Untuk hidangan pula, Hotel Seri Liny menyediakan sebanyak 40 jenis juadah termasuklah ulam-ulaman dan pelbagai jenis kuih. Anda boleh pilih yang mana anda suka!

Hotel Seri Liny, Jalan Haji Taha

Lokasi : Hotel Seri Liny, Lot 56, Sec. 12 KTLD, Jln Haji Taha, Kampung Bandarshah, 93400 Kuching
Waktu beroperasi : 3 April – 3 Mei 2022 ( Setiap hari )
No telefon (tempahan) : 014 287 1771 (Pn Rosita) & 012 879 3380 (En Nidhal) / wassap.my/60142871771/buffetramadhan & wassap.my/60128793380/buffetramadhan

2

The Limetree Hotel, Kuching

Beroperasi dari 3 April – 3 Mei 2022
Hanya Dengan Budget Bawah RM50, Ini Adalah Senarai Tempat Berbuka Yang Murah Di Kuching
Sumber gambar : FB The LimeTree Hotel

Sepanjang bulan Ramadhan ini, The LimeTree Hotel telah menawarkan Set Nasi Ambang yang cukup istimewa untuk anda berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan. Mereka menawarkan harga hanya RM48 sahaja untuk satu set! Dan yang menariknya, jika anda beli 3 set, anda akan dapat percuma 1 set.

Antara menu yang dihidangkan sekali dengan set Nasi Ambang ini ialah Daging Masak Hitam, Rendang Ayam, Mee Goreng, Ulam Kacang Botol, Tempe Goreng, Aneka Sambal, Begedil Keladi Ladang Bos, Nasi Putih, Serunding Kelapa Ikan Bilis, Sup Ayam Jagung Tanghoon, Buah & Agar-Agar, Air Ribena Bandung, Kopi & Teh Panas

The LimeTree Hotel, Kuching

Lokasi : The LimeTree Hotel, Lot 317, Jalan Abell 93100 Kuching
Waktu beroperasi : 3 April – 3 Mei 2022 ( Ahad – Khamis @ Cafe Sublime / Jumaat & Sabtu @ Rooftop )
No telefon (tempahan) : 016-8893489 /  http://wa.me/60168893489 (notis awal 1 hari utk tempahan)

Sijil Halal Ref No : 2 055-12/2014

3

Little Thai, Metrocity

Beroperasi dari 3 April – 2 Mei 2022
Hanya Dengan Budget Bawah RM50, Ini Adalah Senarai Tempat Berbuka Yang Murah Di Kuching
Sumber gambar: FB Little Thai Kuching

Untuk pengetahuan anda, ini merupakan buffet Ramadan pertama restoran Little Thai sejak mereka mula beroperasi pada tahun lepas. Mereka telah menyediakan 15 pilihan jenis hidangan yang anda boleh pilih, dan tidak ketinggalan juga, mereka turut hidangkan pencuci mulut yang digemari ramai iaitu aiskrim!

Jadi, tunggu apa lagi? Jom buat tempahan anda sekarang! Anda hanya perlu membayar RM39.90 untuk dewasa manakala RM19.90 untuk kanak-kanak, memang berbaloi!

Little Thai, Metrocity

Lokasi: Little Thai, Metrocity, Matang ( sama baris Fauziah Food Court )
Waktu beroperasi: 3 April – 2 Mei 2022 ( 6.00pm – 11.00pm)
No telefon: +60 11-6939 3321

Sijil Halal Ref No: 700-2/3/1 076-08/2003

4

Borneo Convention Centre Kuching (BCCK)

Beroperasi dari 3 April – 29 April 2022
Hanya Dengan Budget Bawah RM50, Ini Adalah Senarai Tempat Berbuka Yang Murah Di Kuching
Sumber gambar: FB Borneo Convention Centre Kuching

Nikmati hidangan berbuka puasa yang mewah di Pusat Konvensyen ke-2 terbesar di Borneo iaitu di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK). Di sini menawarkan tempat duduk di dalam great hall dan meeting room serta dihidangkan pelbagai jenis juadah tempatan. Ianya sangat sesuai untuk anda berkumpul bersama keluarga mahupun kawan-kawan.

Anda boleh menikmati hidangan dan suasana yang santai dengan hanya RM50 per orang melalui membuat tempahan secara atas talian. Manakala harga untuk walk-in adalah RM100 utk dewasa dan RM50 untuk kanak-kanak. Jadi, tempah sekarang untuk dapatkan harga murah di www.bcck.org.my

Borneo Convention Centre Kuching (BCCK)

Lokasi : Demak-Isthmus Bridge, Jalan Keruing, Sejingkat, 93050 Kuching
Waktu beroperasi : 3 April – 29 April 2022 ( Setiap hari ) / 6.00pm – 10.00pm
Layari laman web (tempahan) : www.bcck.org.my

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kanak-Kanak 5 Tahun Di Sabah Diuji Kanser Pangkal Otak, Bapa Rayu Bantuan Seikhlas Hati
Next Article [VIDEO] Tular Pasang Lagu Persendakan Agama, Pasaraya Di Sarawak Ini Dikecam Netizen

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?