• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kanak-Kanak 5 Tahun Di Sabah Diuji Kanser Pangkal Otak, Bapa Rayu Bantuan Seikhlas Hati

Oleh
Ismail NA
2 April 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Kanser yang dihidapi oleh kanak-kanak ini tidak mampu dirawat lagi oleh hospital

Kanak-Kanak 5 Tahun Di Sabah Diuji Kanser Pangkal Otak, Bapa Rayu Bantuan Seikhlas Hati. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun, Shasa Anavale Steven Stallone terpaksa dirawat di rumah kerana pakar di hospital tidak dapat meneruskan rawatan terhadap kanak-kanak itu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Steven Stallone Sadih, bapa kepada kanak-kanak terbabit, Shasa sudah terlantar di hospital sejak 3 November 2021 sehingga ke hari ini.

Sejak anaknya disahkan menghidap kanser pangkal otak, Steven terpaksa mengambil cuti tanpa gaji bagi menemani dan menjaga anaknya yang terlantar di Hospital Likas, Sabah.

Kanak-Kanak 5 Tahun Di Sabah Diuji Kanser Pangkal Otak, Bapa Rayu Bantuan Seikhlas Hati
Kanak-Kanak 5 Tahun Di Sabah Diuji Kanser Pangkal Otak, Bapa Rayu Bantuan Seikhlas Hati. Sumber: FB Steven Stallone
Kanak-Kanak 5 Tahun Di Sabah Diuji Kanser Pangkal Otak, Bapa Rayu Bantuan Seikhlas Hati
Sumber: FB Steven Stallone

Ketumbuhan semakin membesar, doktor tak mampu lagi rawat

Walau bagaimanapun, akibat ketumbuhan yang semakin membesar, pihak pakar di hospital tersebut mengesahkan bahawa mereka tidak lagi mampu meneruskan rawatan terhadap Shasa dan membenarkan kanak-kanak tersebut dijaga di rumah.

Bagi memenuhi keperluan rawatan di rumah seperti yang dinasihatkan oleh pihak doktor, Steven memberitahu lanjut bahawa beliau perlu membina ruang bilik khas di rumahnya untuk menempatkan peralatan oksigen untuk Shasa.

Kanak-Kanak 5 Tahun Di Sabah Diuji Kanser Pangkal Otak, Bapa Rayu Bantuan Seikhlas Hati
Sumber: FB Steven Stallone
Kanak-Kanak 5 Tahun Di Sabah Diuji Kanser Pangkal Otak, Bapa Rayu Bantuan Seikhlas Hati
Sumber: FB Steven Stallone
Kanak-Kanak 5 Tahun Di Sabah Diuji Kanser Pangkal Otak, Bapa Rayu Bantuan Seikhlas Hati
Sumber: FB Steven Stallone

Kasih seorang bapa mendorong Steven Stallone Sadih merayu bantuan orang ramai untuk menyumbang seikhlas hati dalam pelbagai bentuk sumbangan bagi menampung pembiayaan pembinaan ruang khas untuk anaknya yang menderita penyakit kanser itu.

Jelas Steven, beliau pada saat ini memerlukan dana untuk membeli bahan mentah untuk pembinaan bilik seperti kos pasir, simen, dan bata.

Buat masa ini, kanak-kanak ini masih terlantar di Hospital Tambunan Sabah sementara menunggu ruang khas tersebut disiapkan.

Bagi anda yang ingin membantu meringankan beban kanak-kanak malang ini, anda boleh berbuat demikian dengan menyumbang ke maklumat berikut;

MAYBANK

Nama: Steven Stallone

Nombor akaun: 160149038847

BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)

Nama: Steven Stallone

Nombor akaun: 1213741100027562

Orang ramai yang ingin bertanya lebih lanjut tentang bantuan ini boleh berhubung terus dengan Steven Stallone di talian +6019-831 0964. Semoga dengan sumbangan anda, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban derita yang dihidapi oleh kanak-kanak ini dan kembali sembuh seperti sedia kala.

Baca juga:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Petros Darul Hana Sah Dirasmikan Oleh Premier Sarawak, Bakal Ramai Guna Tesla Di Masa Akan Datang
Next Article Hanya Dengan Budget Bawah RM50, Ini Adalah Senarai Tempat Berbuka Yang Murah Di Kuching Hanya Dengan Budget Bawah RM50, Ini Adalah Senarai Tempat Berbuka Yang Murah Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?