• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Hanya Di Kapit, Nikmati Roti Canai Goreng Unik Yang Diwarisi Sejak Empat Generasi Ini

Oleh
Husna Hazmi
23 Disember 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Sungguh unik dan menarik roti canai goreng ini!

Hanya Di Kapit, Nikmati Roti Canai Goreng Unik Yang Diwarisi Sejak Empat Generasi Ini. Mesti anda tertanya-tanya dan berasa pelik kan dengar roti canai goreng. Untuk pengetahuan, roti canai goreng ini merupakan menu yang amat popular di Kapit, Sarawak.

Hanya Di Kapit, Nikmati Roti Canai Goreng Unik Yang Diwarisi Sejak Empat Generasi Ini
Hanya Di Kapit, Nikmati Roti Canai Goreng Unik Yang Diwarisi Sejak Empat Generasi Ini. Kredit gambar: Wix.com

Perniagaan diwarisi sejak empat generasi

Perniagaan roti canai ini diusahakan oleh Nurbaizura Abdullah dan perniagaan tersebut diwarisi daripada neneknya sejak empat generasi yang lalu. Perniagaan tersebut sudah berusia lebih dari 50 tahun dan sehingga kini ianya masih lagi mendapat sambutan yang paik daripada pelanggan.

Buat pengetahuan anda, menu unik ini hanya boleh didapati di Bandar Kapit di sebuah gerai yang terletak di medan selera Gelanggang Kenyalang.

Biasanya, tempat tersebut memang sentiasa dipenuhi ramai pelanggan setia pada setiap hari terutamanya pada waktu pagi hari di hujung minggu. Di gerai ini, hanya dua menu yang ditawarkan iaitu roti canai goreng dan roti canai telur goreng.

Hanya Di Kapit, Nikmati Roti Canai Goreng Unik Yang Diwarisi Sejak Empat Generasi Ini
Kredit gambar: Dayakdaily

Harga yang ditawarkan amat berpatutan

Oleh kerana harga yang ditawarkan amat berpatutan, maka gerai ini memang mempunyai ramai peminat setia yang sentiasa membanjiri gerai tersebut.

Cara penyediaan roti canai goreng ini adalah, ianya digoreng di dalam kuali berisi minyak panas. Sungguh menarik dan unik! Rasa rangup roti canai goreng ini dilengkapi dengan kari ayam atau sambal yang pedas manis. Pergh memang terbaik.

Bagi yang berkesempatan singgah ke Kapit, boleh lah cuba roti canai goreng ni!

Lagi di sini restoran lokal menarik dan unik yang ada di Sarawak:

https://www.iloveborneo.my/kombinasi-kopi-klasik-lemak-berkrim-ketahui-kisah-di-sebalik-butter-coffee-hiap-yak-tea-shop-kuching/
Port Makan Kegemaran Ramai, Nikmati Nasi Ayam Legend Kuching Di Joo Seng Cafe
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Senarai Lokasi Berpotensi Banjir Di Sarawak Berdasarkan Laporan NADMA Ini Senarai Lokasi Berpotensi Banjir Di Sarawak Berdasarkan Laporan NADMA
Next Article Ada Sup Gearbox, Warung Kak Bedah Di Matang Jaya Ini Jadi Pilihan Penduduk Tempatan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?