• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Ada Sup Gearbox, Warung Kak Bedah Di Matang Jaya Ini Jadi Pilihan Penduduk Tempatan

Oleh
Husna Hazmi
23 Disember 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Memang tak tipu, besar sangat sup gearbox di sini😲

Ada Sup Gearbox, Warung Kak Bedah Di Matang Jaya Ini Jadi Pilihan Penduduk Tempatan. Kalau anda ingin mencuba menu enak, asli yang pasti tidak pernah mengecewakan, apa kata anda cuba makanan di Warung Kak Bedah bertempat di Matang Jaya, Kuching ini.

Baru-baru ini di Facebook, sebuah akaun ini berkongsi gambar sup gearbox dengan saiz yang amat besar dan ia telah menarik perhatian ramai.

Ada Sup Gearbox, Warung Kak Bedah Di Matang Jaya Ini Jadi Pilihan Penduduk Tempatan
Ada Sup Gearbox, Warung Kak Bedah Di Matang Jaya Ini Jadi Pilihan Penduduk Tempatan. Kredit gambar: Azizi Hazmi

Sup gearbox agak sukar ditemui di Kuching

Sup gearbox merupakan antara menu yang agak sukar ditemui di Kuching jadi kalau anda ingin mencuba menu lazat ini, singgahlah ke Warung Kak Bedah.

Selain daripada menu sup gearbox, kedai makan ini juga amat popular dengan menu mee kolok mereka. Menu mee kolok di sini adalah antara yang terbaik di Kuching dan ia menjadi pilihan penduduk tempatan.

Uniknya Warung Kak Bedah ini, mereka tidak beroperasi di sebelah pagi, biasanya mee kolok ini dijadikan makanan sarapan pagi.

Ada Sup Gearbox, Warung Kak Bedah Di Matang Jaya Ini Jadi Pilihan Penduduk Tempatan

Beroperasi pada jam 2 petang hingga 10 malam (tutup pada Ahad)

Namun di sini mereka mula beroperasi pada sebelah petang iaitu bermula pada jam 2 petang hingga 10 malam dan tutup hanya pada hari Ahad. Jadi anda tak perlu lah risau perlu beratur panjang atau bangun awal pagi untuk menikmati mee kolok yang dijamin sedap.

Selain daripada dua menu yang telah disebutkan di atas, menu-menu lazat lain juga ada di sini seperti nasi goreng ayam, mee goreng, nasi ayam penyet dan banyak lagi.

Bagi sesiapa yang belum pernah lagi merasai kelazatan makanan di Warung Kak Bedah, anda perlu cuba.

Baca lagi di sini port makan menarik di sini:

https://www.iloveborneo.my/ini-nasi-lemak-berlauk-padu-yang-mesti-anda-cuba-di-coffee-talk-kopitiam-tabuan/
https://www.iloveborneo.my/anda-peminat-ramen-jom-ke-makino-kochi-kedai-ramen-homemade-yang-power-di-kuching/
SUMBER :Warung Kak Bedah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hanya Di Kapit, Nikmati Roti Canai Goreng Unik Yang Diwarisi Sejak Empat Generasi Ini
Next Article Rentetan Hujan Lebat, Ini Beberapa Persediaan Perlu Anda Lakukan Jika Banjir Berlaku

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?