• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hanya Kerana Keluar Beli Barang Keperluan, 8 Penduduk Miskin di Tenom Disaman Polis

Oleh
Ismail NA
2 Februari 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Hasrat untuk membeli bekalan makanan dan ubat-ubatan tidak kesampaian.

Hanya Kerana Keluar Beli Barang Keperluan, 8 Penduduk Miskin di Tenom Disaman Polis. Kadang kala, tidak semua perkara harus dipertimbangkan mengikut logik hitam dan putih. Dalam menentukan sesuatu keputusan, sifat empati juga harus diambil kira.

Isi Isi Penting
  • Hasrat untuk membeli bekalan makanan dan ubat-ubatan tidak kesampaian.
  • Disaman kerana menaiki bas melebih kapasiti yang ditetapkan
  • Ada yang telah menahan kesakitan semasa tempoh PKP dan terpaksa ke pekan
  • Pemandu merayu untuk anggota polis menyamannya seorang sahaja namun tidak diendahkan
  • Baca juga :

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di beberapa daerah di Malaysia, kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak juga tidak terkecuali. Namun demikian, lain pula kisahnya di Tenom, Sabah apabila sekumpulan penduduk kampung yang serba kekurangan dikenakan kompaun semasa dalam perjalanan hendak membeli barang keperluan.

Disaman kerana menaiki bas melebih kapasiti yang ditetapkan

Kejadian yang berlaku pada 27 Januari lalu tersebut menyaksikan seramai 8 orang penduduk Tenom di Sabah dikenakan kompaun kerana menaiki bas yang melebihi kapasiti 50% penumpang seperti yang ditetapkan.

Hanya Kerana Keluar Beli Barang Keperluan, 8 Penduduk Miskin di Tenom Disaman Polis
Hanya Kerana Keluar Beli Barang Keperluan, 8 Penduduk Miskin di Tenom Disaman Polis
Gambar hiasan.

Akibat dikenakan kompaun, penduduk kampung tersebut menzahirkan rasa sedih kerana mereka tidak sengaja berbuat demikian namun tetap dijatuhkan kesalahan tersebut. Jelas mereka, jarak kampung mereka agak jauh dari pekan dan sukar untuk mereka berulang-alik dengan kerap semata-mata untuk membeli barang keperluan.

Ada yang telah menahan kesakitan semasa tempoh PKP dan terpaksa ke pekan

Memetik laporan FMT, pemandu bas, Ruil Taligi, pada asalnya tidak mahu membenarkan penduduk kampung tersebut menaiki basnya kerana telah melebihi had penumpang tapi atas dasar simpati, pemandu tersebut membenarkan mereka menaiki bas.

Jelas Ruil lagi, ada dalam kalangan mereka yang benar-benar perlu ke pekan untuk membeli barang keperluan dan ubat-ubatan. Malah, ada yang telah menahan kesakitan selama tempoh PKP dan terpaksa menggagahkan diri pergi ke pekan untuk membeli bekalan ubat yang telah habis.

Seorang lagi penduduk yang turut dikenakan kompaun RM 1,000 adalah seorang warga emas yang bernama Irip Pang. Menurut Irip, beliau turun ke pekan untuk membeli barang keperluan seperti lampin dan susu untuk cucunya yang kelainan upaya (OKU). Tambahnya lagi, beliau kini menjaga seorang cucu kerana ibunya telah meninggal dunia selain suaminya yang tidak mampu lagi keluar kerana telah uzur.

Hanya Kerana Keluar Beli Barang Keperluan, 8 Penduduk Miskin di Tenom Disaman Polis
Kredit foto : FMT

Pemandu merayu untuk anggota polis menyamannya seorang sahaja namun tidak diendahkan

Semasa ditahan, pemandu bas telah menjelaskan situasi sebenar kepada pihak polis dan merayu agar diberi amaran terlebih dahulu ataupun menyamannya seorang sahaja. Namun demikian, anggota polis yang bertugas ketika itu tetap mengarahkan mereka untuk pergi ke IPD Tenom dan kesemua 8 penduduk miskin tersebut dikenakan kompaun sebanyak RM 1,000 seorang.

Sehingga kini, masih tiada kenyataan balas dari IPD Tenom tentang perkara tersebut.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Vaksin COVID-19 Dijangka Bakal Tiba Di Malaysia Pada 26 Februari Ini
Next Article Marah Tidak Diberi Wang, Adik Pukul Kakak Hingga Lumpuh Di Sibu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?