• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Marah Tidak Diberi Wang, Adik Pukul Kakak Hingga Lumpuh Di Sibu

Oleh
Husna Hazmi
2 Februari 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Seorang adik tergamak memukul kakaknya menggunakan batang penyapu sehingga kakaknya lumpuh.

Marah Tidak Diberi Wang, Adik Pukul Kakak Hingga Lumpuh Di Sibu. Marah dan tidak puas hati tidak diberi wang, adik sanggup memukul kakaknya menggunakan batang penyapu sehingga lumpuh.

Kejadian yang berlaku jam 3 petang, 22 Januari lalu di kediaman mereka di Jalan Sungai Antu, mangsa yang berusia 49 tahun telah mengalami kecederaan di tulang belakangnya sehingga menyebabkan saraf tunjangnya tertekan kuat sehingga mengsa disahlkan lumpuh dari paras dada hingga ke kaki.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit, sebelum ini keluarganya enggan melibatkan pihak polis di dalam kejadian tersebut.

Marah Tidak Diberi Wang, Adik Pukul Kakak Hingga Lumpuh Di Sibu
Marah Tidak Diberi Wang, Adik Pukul Kakak Hingga Lumpuh Di Sibu. Kredit gambar: Harian Metro

Keluarga tampil buat laporan polis semalam

Bagaimanapun, menurutnya, selepas didesak oleh mangsa akhirnya keluarga tampil untuk membuat laporan polis semalam.

Tambanya lagi, susulan laporan tersebut suspek yang berusia 44 tahun telah ditahan polis pada 2.10 petang semalam untuk siasatan yang lebih lanjut.

“Siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

“Kes juga akan dirujuk kepada pegawai perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan Perintah Perlindungan Interim ke atas mangsa,” katanya.

Marah Tidak Diberi Wang, Adik Pukul Kakak Hingga Lumpuh Di Sibu

Suspek memukul mangsa selepas tidak diberi wang

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila suspek memukul mangsa selepas tidak diberi wang walaupun suspek telah mendesak mangsa beberapa kali.

Suspek juga terus bertindak memukul mangsa walaupun kakaknya telah tidak berdaya, terbaring di lantai dan suspek hanya meninggalkan rumah itu selepas ibunya yang berusia 71 tahun, yang berada di tingkat bawah semasa insiden itu, menjerit kepadanya supaya berhenti memukul kakaknya, menurut Stanley.

“Mangsa berang dan mengambil batang penyapu lalu memukul suspek. Lelaki itu kemudiannya merampas batang penyapu dan terus memukul mangsa di kepala, badan dan belakang beberapa kali sehingga menyebabkan mangsa jatuh terlentang di atas lantai ruang tamu di tingkat atas kediaman mereka.

“Suspek terus memukul badan mangsa yang berada dalam keadaan telentang itu hingga emaknya menjerit ke arahnya untuk berhenti memukul mangsa.

“Mangsa dibawa ke Hospital Sibu dan akan menjalani pembedahan pada tulang belakang esok,” jelasnya.

Kredit: Harian Metro

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hanya Kerana Keluar Beli Barang Keperluan, 8 Penduduk Miskin di Tenom Disaman Polis
Next Article TERKINI: 121 Kes Positif COVID-19 Dilaporkan Hari Ini Di Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?