• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hanya Khabar Angin, ‘Gas Kuning’ Masih Lagi Dijual Di Pasaran Sarawak

Oleh
Aina Musa
5 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Hanya Khabar Angin, 'Gas Kuning' Masih Lagi Dijual Di Pasaran Sarawak

‘Gas kuning’ masih lagi dijual di pasaran Sarawak

Hanya Khabar Angin Mygaz Masih Dan Kekal Beroperasi Di Sarawak. Mygaz Sdn Bhd menafikan khabar angin yang mengatakan tong gas silinder Mygaz akan lupus di Sarawak seperti yang ditularkan seorang wanita dalam hantaran di media sosialnya.

Menurut laporan daripada Borneo Network, Pengurus Besar Mygaz Malaysia Timur Pakamard Boonsawat dalam kenyataannya memaklumkan produk “Yellow Cylinder Mygaz Brand” masih kekal seperi biasa.

Hanya Khabar Angin, ‘Gas Kuning’ Masih Lagi Dijual Di Pasaran Sarawak. Kredit: Facebook

“Kami ingin memaklumkan bahawa syarikat kami masih dan kekal beroperasi seperti biasa untuk membekalkan produk LPG kami kepada pelanggan dan pengguna di Sarawak,” tegasnya.

Justeru, dengan pengumuman itu beliau berharap semua pelanggan kekal tenang dan tidak panik.

“Sebagai syarikat LPG di Malaysia yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam pasaran LPG dan dengan produk Gas Silinder Kuning yang terkenal, kami komited dengan tanggungjawab kami sebagai perkhidmatan penting untuk memastikan bekalan LPG berterusan untuk pelanggan kami di Sarawak.

“Bersama-sama dengan pengumuman ini, kami ingin merakamkan rasa terima kasih dan penghargaan atas sokongan dan kesetiaan anda kepada jenama kami,” ujarnya.

Terdahulu, seorang wanita mendakwa tong LPG kuning akan luput dan pihak kedai tidak lagi menjual tong gas berkenaan menjelang Oktober ini.

Baca lagi artikel menarik:

Warga Emas Rugi RM170,000 Ditipu Sindiket Sewa Tanah Untuk Menara Telekomunikasi Di Kuching
Padah Seludup Dadah Bernilai RM145,978, Ibu Dan Anak Diberkas Polis Di Miri
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Aksi 'Superman' Berlumba Di Atas Jalan Pan Borneo Sri Aman - Serian Ini Undang Geram Netizen Aksi ‘Superman’ Berlumba Di Atas Jalan Pan Borneo Sri Aman – Serian Ini Undang Geram Netizen
Next Article ‘Sarawak Je Paling Harmoni’, Papan Tanda Kuching Marathon Jadi Perdebatan Sarawak Dan Semenanjung

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?