• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Hanya Mereka Yang Lengkap Vaksin Sahaja Diterima Dalam Penerbangan Air Asia

Oleh
Husna Hazmi
6 Oktober 2021
Kongsi
6 Min Bacaan

Yang dah rindu sangat balik kampung halaman tu kena baca ni!

Hanya Mereka Yang Lengkap Vaksin Sahaja Diterima Dalam Penerbangan Air Asia. Dilaporkan oleh Air Asia, sebagai persediaan untuk penyambungan semula perkhidmatan penerbangan domestik dan antarabangsa, AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) hanya akan menerima pelanggan dewasa yang telah divaksin sepenuhnya di dalam penerbangan mereka, berkuat kuasa serta-merta.

Isi Isi Penting
  • Para pelanggan berusia 18 tahun ke bawah
  • Para pelanggan hanya perlu memuat turun airasia Super App di telefon pintar
  • Sebelum menempah tiket penerbangan AirAsia anda, sila pastikan perkara-perkara berikut untuk memastikan perjalanan yang lancar:
  • Sila ambil maklum: 
Hanya Mereka Yang Lengkap Vaksin Sahaja Diterima Dalam Penerbangan Air Asia
Hanya Mereka Yang Lengkap Vaksin Sahaja Diterima Dalam Penerbangan Air Asia

Para pelanggan berusia 18 tahun ke bawah

Bagi para pelanggan berusia 18 tahun ke bawah yang belum divaksin atau mendapat vaksinasi sepenuhnya perlu ditemani oleh ibu bapa atau penjaga yang telah divaksin sepenuhnya. Perkara ini merupakan sebahagian daripada pelan mitigasi Covid-19 oleh AirAsia untuk memastikan standard keselamatan tertinggi bagi para pelanggan dan kakitangannya.

Kesemua penerbangan AirAsia hanya akan dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya. Begitu juga dengan kakitangan operasi dan pengendali bagasi di terminal.

AirAsia juga telah mewajibkan para pelanggan untuk mendaftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App yang membolehkan mereka melalui proses perlepasan dan menaiki pesawat menggunakan pas masuk elektronik (e-Boarding Pass), yang meminimumkan interaksi fizikal antara kakitangan Air Asia seperti sentuhan pas masuk menggunakan kertas. Tertakluk kepada beberapa pengecualian, bayaran akan dikenakan untuk mereka yang mendaftar masuk melalui kaunter di lapangan terbang.

Hanya Mereka Yang Lengkap Vaksin Sahaja Diterima Dalam Penerbangan Air Asia

Para pelanggan hanya perlu memuat turun airasia Super App di telefon pintar

Para pelanggan hanya perlu memuat turun airasia Super App di telefon pintar mereka dan memanfaatkan aplikasi tersebut sepenuhnya. Ia adalah satu-satunya aplikasi perjalanan yang mereka perlukan, bermula dengan tempahan penerbangan dan penginapan, daftar masuk, pengesahan dokumen kesihatan sehinggalah kepada pas masuk elektronik, perlepasan melalui sistem pengecaman wajah FACES dan pelbagai perkhidmatan semasa dalam penerbangan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat, “Keputusan untuk hanya menerima tetamu yang telah divaksin sepenuhnya dalam penerbangan kami dibuat demi untuk menjaga keselamatan para pelanggan dan kakitangan kami. Semua penerbangan AirAsia dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya, begitu juga dengan kakitangan operasi yang lain. Selain itu, kami telah menyediakan pelbagai perkhidmatan di airasia Super App.

“Para pelanggan kini boleh menggunakan sistem daftar masuk mudah dan pantas yang membolehkan mereka memuat naik dokumen kesihatan dan sijil vaksinasi mereka untuk pengesahan segera dan menggunakan sistem pengecaman wajah FACES untuk meminimumkan sentuhan fizikal dan mengurangkan kesesakan di lapangan terbang.”

Hanya Mereka Yang Lengkap Vaksin Sahaja Diterima Dalam Penerbangan Air Asia

Sebelum menempah tiket penerbangan AirAsia anda, sila pastikan perkara-perkara berikut untuk memastikan perjalanan yang lancar:

  • Pastikan anda (dan keluarga) layak untuk melakukan perjalanan. Sila semak jika ada sebarang peraturan atau syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan di destinasi anda. Ini termasuklah keperluan menyediakan dokumen kesihatan dan perjalanan seperti sijil keputusan negatif COVID-19 dan sijil lengkap vaksinasi. Syarat-syarat ini mungkin akan berubah dari semasa ke semasa, jadi sila dapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa berkaitan terlebih dahulu.
  • Pastikan anda tidak mengalami sebarang gejala. Jika anda mengalami simptom seperti selesema, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan perjalanan anda. Sebagai tetamu yang bertanggungjawab, kami juga ingin menasihati anda untuk melakukan ujian kendiri Covid-19 sebelum penerbangan anda bagi memastikan bahawa anda selamat untuk melakukan perjalanan dan melindungi para tetamu lain di sepanjang perjalanan anda.
  • Hanya tetamu yang telah divaksin sepenuhnya akan diterima. Anda haruslah telah divaksin sepenuhnya dan telah melepasi tempoh matang serta diklasifikasikan sebagai status “Risiko Rendah” atau “Kontak Kasual Tanpa Gejala” di aplikasi MySejahtera untuk meneruskan perjalanan anda.
  • AirAsia telah mewajibkan daftar masuk kendiri melalui airasia Super App untuk meminimumkan sentuhan fizikal dan mengurangkan kesesakan di lapangan terbang. Mendaftar masuk kendiri amat mudah dan ianya boleh dilakukan melalui airasia Super App atau laman web airasia.com bila-bila masa 14 hari sebelum penerbangan. Anda hanya perlu mengimbas atau memuat naik sijil vaksinasi atau dokumen kesihatan yang diperlukan semasa proses mendaftar masuk untuk pengesahan segera.

Sila ambil maklum: 

  • Daftar masuk melalui kaunter hanya untuk tetamu kurang upaya, tetamu yang membawa bayi (bawah usia 24 bulan), dan tetamu bawah umur yang terbang sendiri.
  • Caj daftar masuk kaunter akan dikenakan kecuali untuk kategori tetamu yang dinyatakan di atas.
  • Pastikan anda tiba lebih awal di lapangan terbang. Para tetamu digalakkan untuk tiba sebaik-baiknya 4 jam sebelum masa berlepas untuk memenuhi semua proses yang diperlukan. Pasukan khidmat pelanggan kami bersedia membantu sebarang pertanyaan dari tetamu.
  • Pakai pelitup muka sebelum, semasa dan selepas penerbangan. Pakai pelitup muka perubatan jenis tiga lapis seperti yang disarankan pihak berkuasa kesihatan, atau gunakan pelitup muka berganda untuk perlindungan yang lebih baik.Pelitup muka dengan injap terbuka tidak dibenarkan di dalam penerbangan AirAsia.

AirAsia juga telah meyakinkan para pelanggan bahawa mereka akan melaksanakan prosedur operasi standard yang mantap bagi mengekalkan standard keselamatan tertinggi pada setiap masa.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 2 ‘Abang Sado’ Sarawak Rangkul Pingat Buat Malaysia Dalam Kejuaraan Bina Badan Dunia Di Uzbekistan
Next Article GSC Keluarkan 'Teaser' Di Sosial Media, Bagi Petunjuk Pawagam Di Sarawak Bakal Dibuka Tak Lama Lagi GSC Keluarkan ‘Teaser’ Di Sosial Media, Bagi Petunjuk Pawagam Bakal Dibuka Tak Lama Lagi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?