• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

2 ‘Abang Sado’ Sarawak Rangkul Pingat Buat Malaysia Dalam Kejuaraan Bina Badan Dunia Di Uzbekistan

Oleh
Ismail NA
5 Oktober 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Tahniah!

2 ‘Abang Sado’ Sarawak Rangkul Pingat Buat Malaysia Dalam Kejuaraan Bina Badan Dunia Di Uzbekistan. Nama Malaysia sekali lagi harum di pentas antarabangsa apabila 2 atlet dari Sarawak berjaya menghadiahkan pingat buat Malaysia dalam acara bina badan. 2 orang ‘abang sado’ yang berjaya memukau juri tersebut adalah atlet veteran bina badan Malaysia, Buda anak Anchah dan Malvern Abdullah.

Isi Isi Penting
  • Tahniah!
  • Buda dan Malvern sama-sama raih perak di Uzbekistan
  • Usia bukan penghalang Buda dan Malvern menyinar sebagai atlet Malaysia
  • Kenali juga atlet asal Sarawak yang menggalas cabaran negara ke peringkat antarabangsa :

Dua wakil Malaysia ini menunjukkan kemantapan susuk tubuh masing-masing menerusi 12th World Bodybuilding and Physique Sports Championship 2021 yang berlangsung sejak 1 Oktober yang lalu di Arena Humo, Taskent, Republik Uzbekistan.

Buda dan Malvern sama-sama raih perak di Uzbekistan

Atlet bina badan veteran Sarawak, Buda Anchah yang kini berusia 48 tahun membuktikan dirinya masih berbisa apabila berjaya merangkul 2 pingat perak untuk Malaysia dalam acara bina badan kategori Men Bodybuilding (bawah 70 kg) dan kategori Masters (40 hingga 49 tahun : bawah 80 kg).

2 'Abang Sado' Sarawak Rangkul Pingat Buat Malaysia Dalam Kejuaraan Bina Badan Dunia Di Uzbekistan
2 ‘Abang Sado’ Sarawak Rangkul Pingat Buat Malaysia Dalam Kejuaraan Bina Badan Dunia Di Uzbekistan. Buda Anchah, atlet bina badan negara. Kredit : FB Krishna Kumar
2 'Abang Sado' Sarawak Rangkul Pingat Buat Malaysia Dalam Kejuaraan Bina Badan Dunia Di Uzbekistan
Malvern (kiri) dan Buda (kanan) mempamerkan susuk tubuh yang membolehkan mereka rangkul perak. Kredit : FB Krishna Kumar

Manakala seorang lagi atlet, Malvern Abdullah, berusia 46 tahun turut berjaya mengenggam pingat perak dalam kategori Men Bodybuilding (bawah 60 kg). Malvern turut menyertai kategori Masters dan menduduki tempat kelima.

2 'Abang Sado' Sarawak Rangkul Pingat Buat Malaysia Dalam Kejuaraan Bina Badan Dunia Di Uzbekistan
Malvern Abdullah mengibarkan Jalur Gemilang di Uzbekistan. Kredit : FB Krishna Kumar

Persaingan Buda di pentas bina badan masih belum berakhir kerana beliau masih mempunyai satu lagi acara iaitu kategori Mixed Pair esok, yang akan berpasangan bersama atlet bina badan wanita negara, Meilaura Dora Jimmy yang berasal dari Sabah. Menurut Buda, ini adalah pertama kali Malaysia menyertai kategori ini walaupun sudah pernah dipertandingkan sebelum ini.

Buda dan Malvern memberitahu bahawa mereka sudah pun melakukan yang terbaik dalam kejuaraan tersebut memandangkan mereka telah berusaha sedaya upaya dalam sesi latihan walaupun menghadapi banyak kekangan disebabkan pandemik COVID-19.

Usia bukan penghalang Buda dan Malvern menyinar sebagai atlet Malaysia

Untuk pengetahuan anda, Buda Anchah merupakan seorang atlet bina badan Malaysia dan juga pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berasal dari Kampung Jaong, Sri Aman. Beliau sudah pun menceburkan diri dalam sukan bina badan sejak tahun 1994 semasa beliau masih menjadi rekrut TUDM dan terus bergiat aktif sehingga kini. Dalam edisi ke-10 kejuaraan yang sama di Chiangmai, Thailand, Buda berjaya muncul sebagai juara dalam kategori Masters dan memenangi pingat perak dalam kategori bina badan bawah 70 kg.

Selain bergelar atlet bina badan negara, Malvern Abdullah juga merupakan seorang pemegang ijazah kedoktoran dan kini menyandang jawatan sebagai seorang pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Samarahan dalam bidang Pengurusan Perniagaan.

2 'Abang Sado' Sarawak Rangkul Pingat Buat Malaysia Dalam Kejuaraan Bina Badan Dunia Di Uzbekistan
Buda (kiri) dan Malvern (kanan) menunjukkan pingat yang dimenangi semasa live di Facebook siang tadi. Sumber : FB Sarawak Edition

Tahniah diucapkan buat abang Buda dan Malvern!

Kenali juga atlet asal Sarawak yang menggalas cabaran negara ke peringkat antarabangsa :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Uggah : Sekatan Jalan Dibubarkan Esok, Perjalanan Rentas Daerah Tidak Lagi Memerlukan Permit Polis
Next Article Hanya Mereka Yang Lengkap Vaksin Sahaja Diterima Dalam Penerbangan Air Asia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?