• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hanya Penduduk Luar Bandar Sarawak Boleh Dapatkan Vaksin COVID-19 Secara ‘Walkin’

Oleh
Husna Hazmi
11 Jun 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Bagaimanapun masih perlu mengikuti prosedur pendaftaran yang sedia ada.

Hanya Penduduk Luar Bandar Sarawak Boleh Dapatkan Vaksin COVID-19 Secara ‘Walkin’. Dilaporkan bahawa vaksinasi secara ‘walk-in’ hanya terbuka kepada penduduk luar bandar yang terpencil dan luar bandar di negeri Sarawak.

Isi Isi Penting
  • Bagaimanapun masih perlu mengikuti prosedur pendaftaran yang sedia ada.
  • Dengan kaedah ‘walk-in’ ini, penduduk luar bandar tidak perlu lagi bimbang untuk Program Imunisasi COVID-19
  • Kerajaan negeri sedar akan kesukaran yang dihadapi penduduk di luar bandar
  • Langkah tersebut perlu dilakukan demi memastikan suntikan vaksin dapat diakses oleh semua
  • Mengenal pasti data mereka yang sudah menerima vaksin
Hanya Penduduk Luar Bandar Sarawak Boleh Dapatkan Vaksin COVID-19 Secara 'Walkin'
Hanya Penduduk Luar Bandar Sarawak Boleh Dapatkan Vaksin COVID-19 Secara ‘Walkin’

Dengan kaedah ‘walk-in’ ini, penduduk luar bandar tidak perlu lagi bimbang untuk Program Imunisasi COVID-19

Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, penduduk yang tinggal di bandar bagaimanapun masih perlu mengikuti prosedur pendaftaran yang sedia ada.

Beliau berkata, dengan kaedah ‘walk-in’ ini, penduduk luar bandar di Sarawak tidak perlu lagi bimbang untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

“Mereka kini boleh mendapatkan suntikan vaksin secara ‘walk-in’ di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan mendaftar selepas itu.

“Kaedah ini akan membantu kita mempercepatkan proses vaksinasi di penduduk Sarawak,” katanya selepas melawat PPV di Dewan Sri Balleh pada Khamis.

Hanya Penduduk Luar Bandar Sarawak Boleh Dapatkan Vaksin COVID-19 Secara 'Walkin'

Kerajaan negeri sedar akan kesukaran yang dihadapi penduduk di luar bandar

Tambah beliau lagi, kerajaan negeri sedar akan kesukaran yang dihadapi penduduk di luar bandar terutamanya di kawasan Kapit untuk mendaftarkan diri sama ada melalui aplikasi MySejahtera atau secara manual di pejabat residen dan daerah bagi mendapatkan vaksinasi.

Pada Isnin lalu, beliau menjelaskan kerajaan negeri sedang mempertingkatkan usaha pemberian vaksin terutama di kawasan pedalaman.

Ini termasuklah membenarkan warga emas di kawasan tersebut untuk menerima vaksin secara ‘walk in’.

Hanya Penduduk Luar Bandar Sarawak Boleh Dapatkan Vaksin COVID-19 Secara 'Walkin'

Langkah tersebut perlu dilakukan demi memastikan suntikan vaksin dapat diakses oleh semua

Abang Johari Tun Openg berkata, langkah tersebut perlu dilakukan demi memastikan suntikan vaksin dapat diakses oleh semua orang terutama mereka yang tinggal di kawasan pedalaman yang tidak memiliki kemudahan teknologi.

“Masalah mereka yang tidak memiliki akses teknologi bukan sahaja berlaku di kawasan pedalaman tetapi juga di kawasan bandar di mana wujud sebilangan orang yang tidak ada maklumat atau infrastruktur yang baik untuk menggunakan aplikasi MySejahtera.

“Jadi apa yang kita buat adalah jadi lebih fleksibel. Dengan menggunakan kaedah ini saya harap ia akan dapat memperluaskan program imunisasi di Sarawak,” ujar beliau.

Hanya Penduduk Luar Bandar Sarawak Boleh Dapatkan Vaksin COVID-19 Secara 'Walkin'

Mengenal pasti data mereka yang sudah menerima vaksin

Langkah tersebut juga bertujuan membolehkan kerajaan negeri untuk mengenal pasti data mereka yang sudah menerima vaksin.

Selain itu beliau turut berkata, pihaknya telah mengarahkan wakil-wakil kawasan untuk membantu menyampaikan maklumat kepada semua penduduk Sarawak.

“Kita harap sasaran untuk jalankan suntikan sebanyak sejuta dos bulan ini dapat disempurnakan,” tegas beliau.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Cara Buat Pesanan Aiskrim Nestlé Di Sabah Sarawak, Siap Hantar Sampai Depan Rumah!
Next Article Gara-Gara Tertekan, Pesakit COVID-19 Larikan Diri Dari Wad Hospital Di Kuching Berjaya Ditahan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?