• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gara-Gara Tertekan, Pesakit COVID-19 Larikan Diri Dari Wad Hospital Di Kuching Berjaya Ditahan

Oleh
Husna Hazmi
14 Jun 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Dipercayai akibat tertekan menjadi punca pesakit tersebut bertindak melarikan diri.

Gara-Gara Tertekan, Pesakit COVID-19 Larikan Diri Dari Wad Hospital Di Kuching Berjaya Ditahan. Dilaporkan bahawa, seorang lelaki yang merupakan pesakit positif COVID-19 yang dilaporkan melarikan diri dari wad Hospital Umum Sarawak (HUS) berjaya ditemui dan dithan semula di tepi Jalan Patinggi Ali, Satok semalam.

Isi Isi Penting
  • Dipercayai akibat tertekan menjadi punca pesakit tersebut bertindak melarikan diri.
  • Pesakit positif COVID-19 tersebut merupakan seorang lelaki berusia 28 tahun
  • Gara-gara tertekan, pesakit tersebut bertindak melarikan diri
  • Pihak polis menerima panggilan dari jururawat yang bertugas
Gara-Gara Tertekan, Pesakit COVID-19 Larikan Diri Dari Wad Hospital Di Kuching Berjaya Ditahan
Gara-Gara Tertekan, Pesakit COVID-19 Larikan Diri Dari Wad Hospital Di Kuching Berjaya Ditahan

Pesakit positif COVID-19 tersebut merupakan seorang lelaki berusia 28 tahun

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah yang mengesahkan kejadian itu, pesakit positif COVID-19 tersebut merupakan seorang lelaki berusia 28 tahun, telah dilaporkan melarikan diri dari Hospital Umum Sarawak (HUS) sekitar jam 9.30 pagi semalam. 

“Sejurus menerima makluman daripada petugas HUS, Ketua Polis Daerah Kuching telah menubuhkan Pasukan Khas diketuai Pegawai Risikan Operasi JSJ ASP Baharuddin Sabang dan dibantu oleh balai-balai polis.

“Pada jam 1.55 tengah hari, berdasarkan kepada maklumat, pesakit terbabit telah berjaya dikesan dan ditangkap oleh pasukan khas bersama pasukan dari Balai Polis Bintawa di tepi Jalan Patinggi Ali, Satok,” katanya menerusi WhatsApp hari ini. 

Gara-Gara Tertekan, Pesakit COVID-19 Larikan Diri Dari Wad Hospital Di Kuching Berjaya Ditahan

Gara-gara tertekan, pesakit tersebut bertindak melarikan diri

Gara-gara tertekan, pesakit tersebut bertindak melarikan diri daripada wadnya di Hospital Umum Sarawak, jelas Ashmon lagi.

“Kejayaan ini juga hasil kerjasama erat dengan pihak HUS,” kata beliau.

Selain itu, beliau berkata lelaki terbabit akan diserah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

Gara-Gara Tertekan, Pesakit COVID-19 Larikan Diri Dari Wad Hospital Di Kuching Berjaya Ditahan

Pihak polis menerima panggilan dari jururawat yang bertugas

Terdahulu, pihak polis menerima panggilan dari jururawat lelaki yang bertugas di wad tingkat 6 HUS yang telah memaklumkan bahawa seorang pesakit COVID-19 telah tiada di katil pesakit pada jam 8.15 pagi.

Jururawat tersebut juga telah menghubungi pesakit berkenaan namun panggilan tidak dijawab. Berikutan itu, Op Kesan Khas telah dikerahkan oleh IPD Kuching dan mereka berjaya menemui semula pesakit terbabit. 

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. 

Tidak kira di mana anda berada, jika anda berasa tertekan dan perlukan emotional support anda boleh hubungi Befrienders Malaysia di talian  03-76272929. Maklumat lanjut terdapat di laman web www.befrienders.org.my. 

Lgai di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hanya Penduduk Luar Bandar Sarawak Boleh Dapatkan Vaksin COVID-19 Secara ‘Walkin’
Next Article 41 Individu Ditangkap Di Kuching Kerana Mengadakan Parti Liar Di Rumah 41 Individu Ditangkap Di Kuching Kerana Mengadakan Parti Liar Di Rumah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?