• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Hanya Perang Psikologi, Tular Poster ‘Kabinet Perpaduan’ Anwar Sebagai PM, Tiga TPM Termasuk Zahid

Oleh
ILB - AI
17 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Poster Kabinet Perpaduan adalah palsu

Hanya Perang Psikologi, Tular Poster ‘Kabinet Perpaduan’ Anwar Sebagai PM, Tiga TPM Termasuk Zahid. Berbaki beberapa hari lagi untuk memasuki Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), namun debaran kian terasa dengan kempen parti politik yang kian rancak kini menambat hati peminatnya.

Namun, pelbagai spekulasi dan teori telah tersebar di laman media sosial di mana ada gabungan beberapa parti politik cuba untuk membentuk kerajaan baharu pada penggal seterusnya untuk mentadbir Malaysia.

Tular baru-baru ini, dakwaan Kabinet Perpaduan Malaysia 2022 telah dibentuk melibatkan beberapa barisan pemimpin dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PN)

Hanya Perang Psikologi, Tular Poster 'Kabinet Perpaduan' Anwar Sebagai PM, Tiga TPM Termasuk Zahid
Hanya Perang Psikologi, Tular Poster ‘Kabinet Perpaduan’ Anwar Sebagai PM, Tiga TPM Termasuk Zahid

Anwar PM, Zahid TPM

Menerusi poster yang tular tersebut, Presiden PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebagai Perdana menteri manakala tiga individu lain menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Antara tersenarai ialah Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Penasihat DAP Lim Guan Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Proresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Namun, gambar yang tular itu dianggap palsu selepas setiap parti politik menegaskan pendirian mereka untuk tidak mengadakan sebarang gabungan seperti yang ditularkan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Lapor Utusan, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan pula berpendapat carta kabinet itu mungkin dibuat oleh ‘mamat tepi jalan’.

Mungkin selepas ini akan banyak lagi Kabinet Bayangan, Kabinet Bunian serta Kabinet carca-marba yang dibentuk oleh ‘mamat tepi jalan’. Kami menegaskan memang tiada perbincangan tentang pembentukan kabinet ini dan boleh jadi mereka ini hanya berniat jahat untuk mengganggu perasaan pengundi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Terdahulu, pernah tular juga dakwaan di mana Barisan Nasional akan bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) namun dinafikan sendiri oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sewaktu Perhimpunan Agung UMNO.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pertikai Fungsi Perhentian Bas Di Jalan Sri Aman-Kuching, Individu Ini Pula Dikecam Netizen Pertikai Fungsi Perhentian Bas Di Jalan Sri Aman-Kuching, Individu Ini Pula Dikecam Netizen
Next Article Sarawak Dalam Senarai, JPS Malaysia Keluarkan Notis Kesiapsagaan Banjir Kilat

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?