• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Dalam Senarai, JPS Malaysia Keluarkan Notis Kesiapsagaan Banjir Kilat

Oleh
Husna Hazmi
17 November 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Miri Bintulu dan Kuching dijangka akan mengalami banjir kilat.

Sarawak Dalam Senarai, JPS Malaysia Keluarkan Notis Kesiapsagaan Banjir Kilat. Dilaporkan, Jabatan Pengairan dan Saliran (UPS) telah mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat melibatkan negeri Kedah, Perlis, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak setakat 4.30 petang ini.

JPS dalam kenyataan memaklumkan berdasarkan maklumat ramalan hujan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS, terdapat risiko banjir kilat di beberapa lokasi berkenaan sekiranya hujan lebat
atau ribut petir yang signifikan berlaku.

Sarawak Dalam Senarai, JPS Malaysia Keluarkan Notis Kesiapsagaan Banjir Kilat
Sarawak Dalam Senarai, JPS Malaysia Keluarkan Notis Kesiapsagaan Banjir Kilat. Gambar sekadar hiasan. Sumber foto: Malaysiakini

Kawasan yang terjejas di Sarawak

Di Sarawak kawasan yang akan terjejas adalah daerah Miri, Bintulu dan juga Kuching. Menurut JPS, notis tersebut dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut

Menurut kenyataan daripada Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Perak, Selangor, Melaka, Johor, Pahang, Kelantan dan Sarawak adalah antara negeri yang masih terjejas dengan banjir melibatkan 3,546 mangsa daripada 1,047 ketua isi rumah (KIR) direkodkan sedang berlindung di 39 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 12 tengah hari ini.

NADMA turut memaklumkan menurut laporan JPS setakat 4 petang, 13 sungai merekodkan bacaan aras air di tahap bahaya melibatkan Sarawak di Long Teru dan Marudi, Miri; Pahang di Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera; Johor (Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat); Negeri Sembilan (Sungai Linggi di Pekan Linggi, Port Dickson) dan Melaka (Sungai Melaka di Melaka Pindah, Alor Gajah serta Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah).

Sarawak Dalam Senarai, JPS Malaysia Keluarkan Notis Kesiapsagaan Banjir Kilat
Gambar sekadar hiasan. Sumber foto: Kosmo

Sungai yang merekodkan bacaan aras air di tahap amaran

Selain itu, lapan sungai merekodkan bacaan aras air di tahap amaran melibatkan Long Jegan, Miri, Sarawak; Sungai Kandis di Kampung Jawa, Klang, Selangor; Johor (Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat; Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak serta Parit Keliling di Kampung Pasir, Johor Bahru); Negeri Sembilan (Sungai Muar di Pekan Rompin, Jempol dan Sungai Muar di Kampung Berembang di Kuala Pilah) serta Kelantan (Rantau Panjang, Pasir Mas).

Pengguna jalan raya diminta sentiasa peka amaran dan rujuk maklumat bencana sebelum memulakan perjalanan dan bagi makluman serta pertanyaan, orang ramai boleh hubungi Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) JKR ditalian 03-26107727 atau rujuk laman web http://bencanaalam.jkr.gov.my selain Twitter
@CSFJ_JKR.

Orang awam diminta merujuk maklumat terkini daripada sumber yang sahih menerusi laman web publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook PublicInfoBanjir dan twitter @JPS InfoBanjir.

Lagi berita terkini buat anda di sini:

Pertikai Fungsi Perhentian Bas Di Jalan Sri Aman-Kuching, Individu Ini Pula Dikecam Netizen
Masih Tiada Tindakan Sewajarnya, Keadaan Sekolah Daif Di Kapit Ini Buat Netizen Prihatin
SUMBER :BERNAMA
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hanya Perang Psikologi, Tular Poster ‘Kabinet Perpaduan’ Anwar Sebagai PM, Tiga TPM Termasuk Zahid
Next Article Lelaki Mengaku Sebagai Polis Di Miri Lepas Ganggu Individu Undang Kecaman Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?