Jika anda melihat hard disk 2tb dijual dengan harga murah, fikir dua kali sebelum membeli tau!
Hard Disk Murah Berbanding Harga Pasaran, Mungkin Anda Sedang Ditipu. Bagi mereka yang sangat bergantung pada komputer untuk bekerja, hard disk adalah sangat penting. Walau bagaimanapun, kita juga sedar bahawa lebih besar saiz, ia akan lebih mahal jadi kita akan pergi ke Shopee dan seumpamanya untuk mencari alternatif yang lebih murah.
Namun, jika anda melihat sesuatu yang sepatutnya mahal dijual pada harga yang terlalu murah, fikir dua kali sebelum membelinya!
Bongkar rahsia, rupa-rupanya dalam hard disk ini ada pendrive
Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi penemuannya menerusi video di Tiktok yang kini viral, di mana dia menunjukkan hard disk yang dijual pada harga yang sangat murah rupa-rupanya diisi dengan pendrive sahaja!
Menurut video tersebut, lelaki itu, @thesinghspeaks, menunjukkan sebuah hard disk yang dibelinya di sebuah kedai di Shopee. Katanya, hard disk berkenaan dijual lebih murah berbanding di kedai lain, malah dia menunjukkan review yang ditinggalkan beberapa pembeli.
Hard Disk Murah Berbanding Harga Pasaran, Mungkin Anda Sedang Ditipu
Dia kemudian membuka hard disk tersebut dan menunjukkan sebuah pendrive di dalamnya serta sebuah besi sebagai pemberat.
Dia turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati membeli barang murah di Shopee serta membuat kajian sendiri sebelum memilih untuk membeli barangan terbabit.
Netizen menasihat orang ramai untuk membeli dari seller preferred sahaja
Rupa-rupanya terdapat juga netizen yang terkena scam dan berkongsi pengalaman mereka menerusi ruangan komen TikTok lelaki itu.
Antaranya seperti:
Terdapat juga netizen yang menasihat orang ramai untuk membeli barangan IT dari seller yang preferred di Shopee serta direct dari kedai fizikal sahaja.
Hati-hati kalau nak membeli barang mahal yang dijual pada harga murah di Shopee, ok? Pastikan anda lihat dulu review customer (terutamanya review 1 star) untuk mendapatkan kepastian sama ada barang itu ‘legit’ atau tidak!