• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lelaki OKU Didakwa Cuba Melarikan Kanak-Kanak Di Kuching

Oleh
Farisha
18 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Musibah hari pertama sekolah, sempat tahan kereta sebelum anak jiran diculik suspek OKU di Kuching

Lelaki OKU Didakwa Cuba Melarikan Kanak-Kanak Di Kuching. Satu cubaan lelaki untuk melarikan seorang kanak-kanak perempuan berjaya dihalang di kawasan perumahan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah menyatakan bahawa suspek berusia 30 tahun itu berjaya ditangkap semasa cuba melarikan seorang kanak-kanak perempuan berumur 8 tahun yang ketika itu sedang bermain di luar rumahnya.

Pihak polis turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Bezza berwarna putih yang digunakan suspek untuk kejadian tersebut.

Lelaki OKU Didakwa Cuba Melarikan Kanak-Kanak Di Kuching
Lelaki OKU Didakwa Cuba Melarikan Kanak-Kanak Di Kuching. Sumber: majoriti

Beliau menjelaskan, kes ini disiasat di bawah Seksyen 365/511 Kanun Keseksaan berkenaan kesalahan cubaan melarikan orang yang membolehkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

Suspek pemegang kad OKU

“Siasatan awal mendapati suspek adalah pemegang kad orang kurang upaya (OKU) dengan masalah pembelajaran dan menjalani rawatan di Hospital Umum Sarawak sejak 2001 untuk Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD). Suspek juga tidak mempunyai rekod lampau,” ujarnya.

“Mahkamah memerintahkan penahanan suspek di Hospital Sentosa Kuching untuk penilaian psikiatri,” katanya.

Jiran prihatin selamatkan kanak-kanak dari dilarikan

Kejadian ini turut dikongsikan ibu bapa mangsa kanak-kanak berkenaan menerusi Facebook pengendali akaun Alan Lim pada hari Sabtu. Menurutnya, peristiwa menggemparkan ini berlaku pada hari pertama persekolahan pada 11 Mac lalu dan tarikh tersebut akan diingatnya sepanjang hayat.

Malah Alan turut melahirkan rasa syukur kepada jiran sebelah rumah yang sanggup membantu menyelamatkan anaknya yang dikenali sebagai Cherie daripada dilarikan suspek tersebut.

“Mereka mempertaruhkan nyawa untuk memberhentikan kereta suspek sehingga saya sampai. Saya berlari secepat mungkin dengan berkaki ayam untuk mendapatkan Cherie, hanya Tuhan yang tahu betapa cemasnya saya ketika itu,” luahnya.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Pemandu Didakwa Culik Anak, PGA Sabah Paksa Turun Kereta
Taktik Baru Scammer, Ugut Culik Anak Balik Sekolah & Minta Duit Tebusan
SUMBER :Majoriti
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hati-Hati Beli Hard Disk Murah Di Shopee, Rupa-Rupanya Cuma Pendrive Hard Disk Murah Berbanding Harga Pasaran, Mungkin Anda Sedang Ditipu
Next Article Padah Hina Islam, Lelaki Ini Mohon Maaf Dan Dibawa Ke Balai Polis Oleh Orang Awam Padah Hina Islam, Lelaki Ini Mohon Maaf Dan Dibawa Ke Balai Polis Oleh Orang Awam

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?