• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Harga Beribu Di Malaysia, Ikan Empurau Dianggap Suci Dan Tidak Dimakan Di Sumatera Indonesia

Oleh
Ismail NA
13 Julai 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Penduduk di Barat Sumatera cemas ikan empurau banyak mati

Harga Beribu Di Malaysia, Ikan Empurau Dianggap Suci Dan Tidak Dimakan Di Sumatera Indonesia. Gempar di Nagari Lubuk Landua, Barat Pasaman, sebuah wilayah di Barat Sumatera Indonesia apabila tiga tan ikan empurau atau disebut ‘gariang’ dalam Bahasa Indonesia ditemui mati. Kejadian ini dipercayai berpunca daripada tanah runtuh akibat gempa bumi yang melanda kepulauan itu pada 25 Februari yang lalu.

Isi Isi Penting
  • Penduduk di Barat Sumatera cemas ikan empurau banyak mati
  • Ikan empurau , ‘ikan larangan’ dalam ‘lubuk larangan’
  • Empurau ikan mewah dan bernilai tinggi di Malaysia
  • Baca juga info menarik tentang empurau dan buah engkabang yang pernah kami terbitkan di sini:

Gempa bumi dengan skala magnitud 6.2 itu telah mengakibatkan kejadian tanah runtuh berdekatan Gunung Talamau, lalu menyebabkan lumpur mencemari kawasan Sungai Batang Lubuk Landua.

Menurut laporan Yahoo!News, penduduk kampung telah berusaha untuk menyelamatkan ikan empurau tersebut dengan memindahkan ikan-ikan tersebut ke dalam kolam dengan air yang lebih jernih. Namun, tidak banyak ikan yang mampu bertahan dengan persekitaran baru tersebut.

Harga Beribu Di Malaysia, Ikan Empurau Dianggap Suci Dan Tidak Dimakan Di Sumatera Indonesia
Harga Beribu Di Malaysia, Ikan Empurau Dianggap Suci Dan Tidak Dimakan Di Sumatera Indonesia. Penduduk kampung yang cuba memindahkan ikan empurau dari sungai yang tercemar. Sumber foto : Yahoo!News

Penduduk kampung kemudiannya memutuskan untuk memindahkan ikan-ikan yang masih hidup dan selamat ke kawasan takungan air di belakang surau Lubuk Landua. Ikan empurau yang telah mati pula diletakkan berhampiran kawasan sungai untuk dikuburkan.

Harga Kayangan Di Malaysia, Ikan Empurau Rupanya Dianggap 'Suci' Dan Tidak Dimakan Di Sumatera Indonesia
Ikan empurau dikuburkan di Lubuk Landua. Sumber foto : wonogirinewscafe.com

Di kebanyakan kawasan Barat Sumatera yang berketurunan Minang, ramai yang masih berpegang dengan kepercayaan bahawa sesiapa yang menangkap atau memakan ikan empurau akan jatuh sakit, meninggal atau menggelembung perut. Ikan-ikan ini hanya boleh ditangkap dan dimakan setelah beberapa bulan, atau apabila ikan-ikan ini telah matang, atau setelah diberikan keizinan oleh para alim ulama.

Ikan empurau , ‘ikan larangan’ dalam ‘lubuk larangan’

Walau bagaimanapun, larangan ini dilihat oleh pentadbir tempatan sebagai tindakan rasional oleh penduduk kampung yang secara tidak langsung diimplementasikan sebagai sistem pemeliharaan alam sekitar, ekonomi dan sosial masyarakat. Melalui maklumat yang dipaparkan di laman sesawang Badan Karantina Ikan, Pengendalian Mutu dan Keamanan Hasil Perikanan Indonesia memberitahu bahawa Nagari sememangnya mempunyai zon sungai yang dikenali sebagai ‘Lubuk Larangan’, di mana kawasan ini dikelaskan sebagai zon pemeliharaan ikan.

Ikan empurau merupakan salah satu daripada pelbagai jenis ikan yang diklasifikasikan sebagai ‘Ikan Larangan’. Penduduk atau individu dilarang untuk memancing atau menangkap ikan di kawasan ini atau mereka akan berdepan tindakan undang-undang sekiranya berkelakuan sebaliknya.

Harga Kayangan Di Malaysia, Ikan Empurau Rupanya Dianggap 'Suci' Dan Tidak Dimakan Di Sumatera Indonesia

Difahamkan, hampir kesemua kawasan di Barat Sumatera memiliki kawasan lubuk larangan.

Empurau ikan mewah dan bernilai tinggi di Malaysia

Jika di Malaysia, ikan empurau atau tor tambroides ini mencecah harga sehingga ribuan ringgit kerana sukar didapati dan sensitif terhadap persekitaran. Disebabkan harga ‘kayangan’ nya, ikan ini sering dijadikan hidangan eksklusif di hotel-hotel mewah. Kualiti empurau terbaik di Malaysia terdapat di Sarawak kerana ikan empurau di negeri ini diberi makan buah engkabang, buah berlemak yang hanya didapati setiap 3 hingga 7 tahun!

Sistem yang sama juga boleh didapati di Sarawak dengan nama Sistem Tagang. Tagang membawa maksud pengawalan dan pemuliharaan dalam Bahasa Iban. Pihak Jabatan Pertanian dan penduduk kampung telah bersama-sama merangka satu undang-undang untuk menjayakan sistem ini.

Dengan pelasanaan sistem tagang ini, ikan dilarang untuk ditangkap atau dipancing sebarangan sehingga ia mencapai saiz yang sesuai. Di bawah peraturan sistem ini, penuaian hanya boleh dilakukan selepas 2 tahun dari tarikh anak ikan dilepaskan ke dalam sungai tagang.Terdapat 23 sungai yang diletakkan dalam sistem tagang di seluruh Sarawak dan ada di antaranya dijadikan kawasan tarikan pelancongan. Contoh terdekat adalah Sungai Semadang, Bau.

Harga Kayangan Di Malaysia, Ikan Empurau Rupanya Dianggap 'Suci' Dan Tidak Dimakan Di Sumatera Indonesia
Kredit foto : Semadang Kayak

Ikan empurau merupakan spesis ikan yang dikategorikan sebagai spesis asli di Asia Tenggara.

Baca juga info menarik tentang empurau dan buah engkabang yang pernah kami terbitkan di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Filem 'Thor: Love And Thunder' Ditangguhkan Sekali Lagi, Tarikh Tayangan Baru Tidak Ditetapkan Filem ‘Thor: Love And Thunder’ Ditangguhkan Sekali Lagi, Tarikh Tayangan Baru Tidak Ditetapkan
Next Article Ketahui 5 Adat Perkahwinan Unik Masyarakat di Sabah Sarawak Ini 5 Adat Perkahwinan Unik Masyarakat di Sabah Sarawak Yang Anda Perlu Tahu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?