• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Harga Siling Ayam Standard Di Sabah Sarawak Lebih Tinggi Dari Semenanjung

Oleh
Husna Hazmi
30 Jun 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Harga maksimum ayam ini berkuat kuasa 1 Julai hingga 31 Ogos 2022.

Harga Siling Ayam Standard Di Sabah Sarawak Lebih Tinggi Dari Semenanjung. Berkuat kuasa 1 Julai hingga 31 Ogos ini, harga siling runcit bagi ayam di Sabah ditetapkan antara RM 11-RM 11.30 sekilogram manakala di Sarawak pula RM 9.80-RM12.90 sekilogram.

Menerusi senarai yang telah dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), harga runcit ayam standard di Kuching, Lundu, Bau, Serian, Simunjan, Samarahan, Asajaya, Sibu, Kanowit,  Selangau, Miri, Marudi, Bintulu, Tatau, Sebauh, Sarikei, Julau, Pakan, Meradong, Mukah, Dalat, Matu dan Daro ditetapkan pada RM9.80 sekilogram.

Harga Siling Ayam Standard Di Sabah Sarawak Lebih Tinggi Dari Semenanjung
Harga Siling Ayam Standard Di Sabah Sarawak Lebih Tinggi Dari Semenanjung. Sumber foto: KPDNHEP

Harga ayam di Sabah Sarawak

Di Sri Aman, Saratok, Betong dan Lubok Antu harga siling ialah RM10.50 sekilogram, manakala bagi Kapit, Bukit Mabong, Song dan Belaga, harga sekilogram ialah RM11.40, dan di Limbang dan Lawas ditetapkan RM12.90 sekilogram.

Harga runcit ayam standard di Kota Kinabalu, Penampung, Papar, Putatan, Tuaran, Kota Belud, Ranau, Beufort, Sipitang, Kuala Penyu, Kudat, Kota Merudu, Pitas, Keningau, Tenom, Tambunan, dan Nabawan ditetapkan pada harga RM 11 sekilogram.

Di, Tawau, Kalabakan, Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Tongod, Telupid, Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Wilayah Persekutuan Labuan pula ditetapkan pada harga RM 11.30.

Di Semenanjung pula, harga siling bagi ayam standard ditetapkan pada RM 9.40.

Lagi di sini cerita terkini di Borneo buat anda:

SUMBER :Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article "Apa Guna Letak Hon Kalau Tak Berani Pakai?" Orang Sarawak Ada Sebab Tersendiri ‘Apa Guna Hon Kalau Tak Berani Pakai?’ Orang Sarawak Ada Sebab Tersendiri
Next Article Kerja Di Lembaga Pengurusan Penyu Kena Arif Tentang Islam, Lelaki Ini Pertikai Syarat Jawatan Kosong Tidak Relevan ‘Penyu Pun Kena Azan Ke?’ – Lelaki Ini Pertikai Syarat Aneh Jawatan Kerani Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?