• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Harga Tiket Penerbangan Domestik Sahaja Cecah RM2K, Luah Kesal Netizen

Oleh
Nazihah AN
29 Ogos 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Harga Tiket Penerbangan Domestik Sahaja Cecah RM2K, Luah Kesal Netizen

Tiket Penerbangan Domestik Kini Mencecah RM2,000 Tanpa Bagasi Percuma

Harga Tiket Penerbangan Domestik Sahaja Cecah RM2K, Luah Kesal Netizen. Peningkatan harga tiket penerbangan domestik di Malaysia semakin menjadi topik hangat di kalangan netizen, terutamanya bagi warga Sarawak yang sering melakukan perjalanan ke Semenanjung.

Baru-baru ini, beberapa tangkap layar menunjukkan harga tiket penerbangan dari Kuching ke Kuala Lumpur mencecah sehingga RM1,770 untuk kelas campuran dengan beberapa perhentian transit, termasuk di Mukah dan Miri. Harga yang tinggi ini menyebabkan ramai meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial.

Kekangan Pilihan Penerbangan, Harga Tiket Kuching-KL Cecah RM1,770

Menurut tangkap layar yang dikongsi kepada ILOVEBORNEO, penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dari Kuching ke Kuala Lumpur memerlukan transit di Mukah dan Miri dengan tempoh perjalanan keseluruhan selama lebih 11 jam. Harga tiket ini ditawarkan pada RM1,770, dan ini tidak termasuk kos tambahan untuk bagasi berdaftar. Tanpa kemudahan bagasi percuma, penumpang terpaksa menanggung kos tambahan untuk bagasi, yang mana ia boleh meningkatkan lagi jumlah keseluruhan perbelanjaan perjalanan.

Selain itu, satu lagi tangkap layar menunjukkan penerbangan Batik Air dari Kuching ke Kuala Lumpur dengan harga RM2,096.64 untuk tiga orang dewasa. Penerbangan ini mengambil masa 1 jam 50 minit tanpa sebarang transit, namun harga ini juga tidak termasuk bagasi berdaftar. Penumpang hanya diberikan hak untuk membawa satu beg kabin seberat 7kg tanpa caj tambahan.

Ramai netizen meluahkan rasa kecewa dengan keadaan ini, terutamanya selepas pembatalan beberapa penerbangan oleh Malaysia Airlines yang mengakibatkan kekurangan pilihan penerbangan untuk pengguna.

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

Bermula September, Syarikat Penerbangan Wajib Beri Bayaran Balik Penuh Jika Lewat Lebih 5 Jam
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Malaysia Terima Tawaran SEAGF, Sarawak Dipiliih Jadi Tuan Rumah Sukan SEA 2027
Next Article Pendidikan Percuma Di Sarawak, Fokus Pada Bidang Sains Dan Teknikal

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?