• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Harga Ujian COVID-19 Melampau? Ini Cara Mudah Buat Aduan Jika Cas Ujian Melebihi Harga Siling

Oleh
Ismail NA
18 Jun 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Tuntut hak anda sebagai pengguna.

Harga Ujian COVID-19 Melampau? Ini Cara Mudah Buat Aduan Jika Cas Ujian Melebihi Harga Siling. Beberapa hari yang lalu, kerajaan telah mengumumkan bahawa harga ujian COVID-19 di negara ini ditetapkan ke harga siling. Ini bermakna penyedia perkhidmatan ini tidak boleh mengenakan pelanggan dengan harga atau cas ujian melebihi harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan,

Isi Isi Penting
  • Tuntut hak anda sebagai pengguna.
  • Ketahui harga siling ujian COVID-19
  • Cara mudah buat aduan ujian COVID-19 melebihi cas
  • Baca artikel selanjutnya tentang harga siling cas ujian COVID-19 di sini :

Maklumlah, di musim pandemik ini, ramai individu yang terjejas sumber pendapatan dan status ekonomi. Namun demikian, untuk sentiasa memastikan kesihatan dan keselamatan keluarga sentiasa terjaga, harga ujian pula yang menjadi penghalang. Ini belum termasuk harga ujian bagi individu yang hendak melakukan perjalanan ke negeri tertentu.

Harga Ujian COVID-19 Melampau? Ini Cara Mudah Buat Aduan Jika Cas Ujian Melebihi Harga Siling
Harga Ujian COVID-19 Melampau? Ini Cara Mudah Buat Aduan Jika Cas Ujian Melebihi Harga Siling

Situasi ini pastinya ‘menakutkan’ orang ramai untuk membuat ujian saringan dengan kerap dan dalam jumlah yang banyak. Bukan kerana takut untuk diambil sampel, tetapi sebalik gerun dengan harga perkhidmatan yang boleh dikatakan cekik darah dan membebankan.

Ketahui harga siling ujian COVID-19

Oleh yang demikian, kerajaan telah mewartakan harga siling untuk ujian COVID-19 di Malaysia seperti berikut;

Ujian RT-PCR: RM150 (Semenanjung), RM 200 (Sabah, Sarawak dan Labuan.)
Ujian RTK-Antigen: RM60 (Semenanjung), RM80 (Sabah, Sarawak dan Labuan.)
Ujian RTK-Antibodi: RM50 (Semenanjung), RM70 (Sabah, Sarawak dan Labuan.)

Cara mudah buat aduan ujian COVID-19 melebihi cas

Sekiranya anda dikenakan cas yang melampau untuk ujian ini, anda sebenarnya boleh mengemukakan aduan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis Kebangsaan (CPRC). Caranya mudah sahaja.

Anda hanya perlu menghubungi talian CPRC (panggilan telefon atau WhatsApp) seperti yang tertera di bawah dan laporkan permasalahan anda.

Harga Ujian COVID-19 Melampau? Ini Cara Mudah Buat Aduan Jika Cas Ujian Melebihi Harga Siling

Tidak kisahlah sama ada anda dikenakan cas yang tak masuk akal di mana-mana klinik, hospital atau makmal, segera laporkan kepada pihak CPRC untuk tindakan lanjut.

Baca artikel selanjutnya tentang harga siling cas ujian COVID-19 di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tonton RWMF Dan Borneo Jazz Festival 2021 Di Shopee Live Dan Rebut Peluang Menangi PlaysStation5
Next Article Servis Hantar Bungkusan Di Pos Laju Bintulu Mengecewakan, Pelanggan Luah Rasa Tidak Puas Hati

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?