• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Servis Hantar Bungkusan Di Pos Laju Bintulu Mengecewakan, Pelanggan Luah Rasa Tidak Puas Hati

Oleh
Husna Hazmi
18 Jun 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Katanya, jangan sampai barang rosak berhujan panas kat luar.

Servis Hantar Bungkusan Di Pos Laju Bintulu Mengecewakan, Pelanggan Luah Rasa Tidak Puas Hati. Di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, semestinya ramai orang yang membeli barang di atas talian bagi mengelak daripada kesesakan di pusat membeli belah atau kedai, terutamanya kini banyak kedai yang tidak dibenarkan beroperasi. Jadi, tak hairanlah ramai yang akan mula membeli barang secara atas talian.

Servis Hantar Bungkusan Di Pos Laju Bintulu Mengecewakan, Pelanggan Luah Rasa Tidak Puas Hati

Sudah sampai di Pos Laju Bintulu pada 4 Jun tetapi sehingga 18 Jun pesanan tersebut belum lagi sampai

Namun, baru-baru ini di Bintulu, para pelanggan berasa tidak puas hati dengan servis Pos Laju yang sangat lambat. Luahan seorang pelanggan ini telah dimuat naik di Facebook menagatakan bahawa, barang yang sudah dipesannya sudah sampai di Pos Laju Bintulu pada 4 Jun lalu tetapi sehingga 18 Jun pesanan tersebut belum lagi sampai di rumahnya.

Berdasarkan gambar yang telah diambil, terdapat banyak bungkusan yang belum lagi dihantarkan terkumpul di Pos Laju tersebut.

“Marah juga dibuatnya, setiap kali pergi ke Pos Laju berkenaan, jawapan sama yang diterima iaitu 2 hingga 3 hari lagi barang akan dihantar. Masuk hari ni dah 2 minggu tunggu barang yang dipesan”, keluh pelanggan tersebut.

Dia menjelaskan bahawa dia penat menerima alasan sama yang telah diberikan kepadanya. Pelanggan tersebut juga berkata, kerajaan memang menggalakkan pembelian secara atas talian di musim PKP ini, tapi barangan yang dipesan pula sangat lambat nak sampai.

“Jangan sampai barang rosak berhujan panas kat luar” tambahnya lagi.

Servis Hantar Bungkusan Di Pos Laju Bintulu Mengecewakan, Pelanggan Luah Rasa Tidak Puas Hati

Kekecewaan yang dialami para pelanggan lain di ruangan komen

Berikut pula kekecewaan yang dialami para pelanggan lain di ruangan komen muat naik oleh pelanggan tersebut. Ramai pelanggan yang mengalami nasib yang sama iaitu barangan yang telah dipesan belum lagi sampai di rumah mereka setelah sekian lama menunggu.

Di musim PKP, perkara seperti ini memang dijangka akan berlaku kerana pihak kurier mungkin akan mengalami masalah kurang pekerja manakala orang yang mula membeli barangan di atas talian pula meningkat mendadak. Jadi, penghantaran bungkusan pula akan menjadi agak lambat daripada bisasa.

Oleh itu, pihak kurier sepatutnya mengehadkan jumlah pengeposan buat masa ini manakala buat pelanggan di luar sana, servis kurier lain yang terdapat di Malaysia juga boleh digunakan sebagai alternatif buat anda.

Kepada para pelanggan yang menunggu parcel anda tersangkut lebih daripada 2 minggu anda sebenarnya boleh selesaikan masalah anda di laman sesawang Pos Malaysia. Baca Artikel ini untuk mengetahui caranya:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Harga Ujian COVID-19 Melampau? Ini Cara Mudah Buat Aduan Jika Cas Ujian Melebihi Harga Siling
Next Article Usaha Negara Ke Arah Teknologi 5G, Rangkaian 3G Bakal Ditamatkan Tak Lama Lagi

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?