• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Harumkan Nama Sarawak, Nur Hazirah Raih Pingat Emas Boling Tenpin SUKMA

Oleh
Farisha
15 Ogos 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Prestasi membanggakan, Nur Hazirah bawa pulang emas ketiga untuk Sarawak

Harumkan Nama Sarawak, Nur Hazirah Raih Pingat Emas Boling Tenpin SUKMA. Nur Hazirah Ramli, atlet boling Sarawak, telah mengharumkan nama Sarawak dalam acara perseorangan wanita tenpin boling di Sukma XXI, bertempat di Megalanes Sarawak, Batu Kawa.

Beliau berjaya mengungguli 84 peserta lain dengan menjatuhkan 1,261 pin dalam enam permainan, mencatatkan purata 210 pin setiap pusingan.

Kejayaan ini menyumbang pingat emas ketiga untuk kontinjen Sarawak. Adania Mohd Redzwan dari Selangor menduduki tempat kedua dengan perbezaan tujuh pin sahaja, manakala Haiffa Hazlan dari Wilayah Persekutuan meraih gangsa.

Harumkan Nama Sarawak, Nur Hazirah Raih Pingat Emas Boling Tenpin SUKMA
Harumkan Nama Sarawak, Nur Hazirah Raih Pingat Emas Boling Tenpin SUKMA

Wakil-wakil Sarawak yang lain turut beraksi dengan Claudia Kumang Jakson menduduki tempat ke-10, diikuti oleh Asya Dania Azree, Lavinia Kho, Andrea Tan, dan Dayang Yuma Azreen Abang Azman pada kedudukan yang berbeza.

Menurut laporan media The Borneo Post, Nur Hazirah melahirkan rasa syukur dan gembira atas pencapaiannya, walaupun merasakan masih ada ruang untuk peningkatan.

Beliau menyatakan bahawa kemenangan ini merupakan impian dan sasarannya dalam penampilan terakhir di Sukma, menambah kepada sembilan pingat yang telah dimenanginya dalam edisi-edisi terdahulu.

Nur Hazirah mengakui cabaran dalam persiapan untuk Sukma kali ini, dengan jadual latihan yang padat dan penyertaan dalam pelbagai pertandingan kebangsaan dan antarabangsa. Namun, beliau tetap optimis untuk acara beregu wanita yang akan datang.

Bagaimanapun, bagi kategori lelaki, Tsen Fan Yew muncul sebagai wakil terbaik Sarawak di tempat keenam. Emas dimenangi oleh Wan Muhammad Zarif Ikram Wan Mazlan dari Terengganu, diikuti oleh Shaqeem Izwan Teh Shahrul Hafiz Teh (Wilayah Persekutuan) dan Emmanuel Fo (Sabah) di tempat kedua dan ketiga.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Sarawak Raih Pingat Emas Pertama Dalam Acara Wushu Di SUKMA
Raih 15 Pingat Emas, Akademi Tarian Tyng Harumkan Nama Sarawak Di Kejohanan Dancesport Antarabangsa
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Atlet Olimpik' Cilik Di Lawas Tampil Kreatif Dengan Persembahan Renang Berirama Cuit Hati Netizen ‘Atlet Olimpik’ Cilik Di Lawas Tampil Kreatif Dengan Persembahan Renang Berirama Cuit Hati Netizen
Next Article TERKINI: Gempa Bumi 3.9 Skala Richter Gegar Perairan Tawau Sabah TERKINI: Gempa Bumi 3.9 Skala Richter Gegar Perairan Tawau Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?