SMK Merbau Miri rangkul anugerah Toilet of the Year Award (TOTYA’24)
Harumkan Nama Sarawak, SMK Merbau Miri Ungguli Anugerah Tandas Terbaik. SMK Merbau dari Miri, Sarawak telah mengharumkan nama Sarawak apabila berjaya dinobatkan sebagai pemenang utama bagi Kategori Sekolah dalam Anugerah Toilet of the Year Award (TOTYA’24) yang berlangsung di Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur pada 14 November 2024.
Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan bagi warga SMK Merbau yang telah berusaha gigih dalam memastikan kemudahan tandas sekolah mereka sentiasa bersih, kemas dan memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Kemenangan ini bukan sahaja mengangkat nama SMK Merbau ke tahap yang lebih tinggi, malah turut membuktikan bahawa sekolah dari Sarawak mampu bersaing dan mencapai kecemerlangan di peringkat kebangsaan.
Diharapkan kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak sekolah di seluruh Malaysia untuk memberi penekanan kepada aspek kebersihan tandas yang merupakan salah satu kriteria penting dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

