• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Pelbagai

HDC Nafi Tawar Permohonan Rumah Mampu Milik Yang Tular Baru-Baru Ini

Oleh
Aina Musa
22 April 2024
Kongsi
1 Min Bacaan
HDC Nafi Tawar Permohonan Rumah Mampu Milik Yang Tular Baru-Baru Ini

Ini kenyataan dari HDC

HDC Nafi Tawar Permohonan Rumah Mampu Milik Yang Tular Baru-Baru Ini. Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) dengan tegas menafikan kenyataan yang beredar di Facebook mengenai tawaran memiliki rumah untuk Anak Sarawak yang bergaji RM650 hingga RM2,500 sebulan.

Kenyataan yang tular baru-baru ini menyatakan bahawa Anak Sarawak berpeluang memohon Rumah Mampu Milik dengan beberapa syarat tertentu.

HDC Nafi Tawar Permohonan Rumah Mampu Milik Yang Tular Baru-Baru Ini. Sumber: Suara Sarawak

Antara syarat tersebut termasuk hanya warga Sarawak yang layak, belum pernah memiliki rumah atau tanah, dan sudah berkahwin dengan pendapatan isi rumah di antara RM650 hingga RM3,000.

Maklumat permohonan juga disertakan dengan pautan https://hdc.sarawak.gov.my/ dan nombor yang boleh dihubungi untuk mendapatkan keterangan lanjut, serta meminta agar masyarakat berkongsi maklumat tersebut dengan yang berminat memiliki rumah.

Bagaimanapun, HDC menegaskan bahawa mereka tidak pernah mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

“Oleh itu, kami menyeru orang ramai untuk tidak menyebarkan atau berkongsi maklumat palsu yang tidak pasti untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.

“Sebarang kenyataan rasmi akan disampaikan melalui portal dan laman media sosial rasmi HDC,” demikian kenyataan HDC yang dimuat naik melalui Facebook Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi HDC hari ini.

Baca lagi artikel menarik:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Wanita Berpura-pura Lumpuh Selama 20 Tahun Semata-Mata Tidak Mahu Bekerja
Next Article Suspek Kedua Kes Ragut Di Taman Desa Wira Akhirnya Tumpas Suspek Kedua Kes Ragut Di Taman Desa Wira Akhirnya Tumpas

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?