• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Suspek Kedua Kes Ragut Di Taman Desa Wira Akhirnya Tumpas

Oleh
Aina Musa
23 April 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Suspek Kedua Kes Ragut Di Taman Desa Wira Akhirnya Tumpas

Syabas buat PDRM

Suspek Kedua Kes Ragut Di Taman Desa Wira Akhirnya Tumpas. Suspek kedua yang terlibat dalam kes ragut seorang wanita di Taman Dewa Wira Batu Kawa yang melarikan diri berjaya ditangkap di Jalan Lapangan Terbang Lama, di sini, petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim Jaw Shyong berkata, suspek kedua itu ditangkap sekitar jam 5 petang tadi oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Padawan.

Suspek Kedua Kes Ragut Di Taman Desa Wira Akhirnya Tumpas. Sumber: Utusan Borneo

“Suspek kedua yang ditangkap mengaku sebagai penunggang motosikal yang telah berjaya melarikan diri ketika rakannya ditahan,” katanya dalam kenyataan.

Kata Lim, dengan tertangkapnya suspek kedua itu, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan berjaya menyelesaikan kes samun dan ragut yang dilaporkan pada pagi semalam dalam tempoh kurang daripada 24 jam.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu kedua-dua suspek yang ditangkap merupakan warga tempatan berusia 20 dan 30 tahun.

Jelasnya, kedua-dua suspek akan direman hari ini di Mahkamah Kuching bagi siasatan lanjut.

“Suspek kedua yang ditangkap itu mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

“Pihak polis akan menyiasat lanjut penglibatan kedua-dua suspek dengan lain-lain kes yang mempunyai modus operandi yang sama,” tegasnya.

Terdahulu, Lim memberitahu seorang mangsa wanita tempatan berusia dalam lingkungan lewat 50-an mengalami kecederaan ringan semasa diragut di Taman Desa Wira, Batu Kawa.

Katanya, kejadian itu berlaku pada jam 7.54 pagi semasa mangsa sedang berjalan kaki di tepi jalan telah didatangi sebuah motosikal berwarna merah dari arah belakang yang dinaiki oleh dua suspek lelaki yang telah bertindak meragut beg sandang milik mangsa.

Tambahnya lagi, mangsa berusaha untuk mempertahankan begnya daripada dilarikan oleh suspek dan dalam masa sama sebuah kenderaan yang dipandu oleh orang awam telah bertindak menghentikan kenderaannya di hadapan motosikal suspek tersebut.

Tindakan orang awam itu katanya berjaya menahan salah seorang daripada suspek bersama dengan sebuah motosikal.

Akibat kejadian itu, katanya, mangsa mengalami sedikit luka dan calar semasa pergelutan berlaku namun tiada kecederaan serius dialami.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan cedera semasa melakukan samun ragut dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh 20 tahun dan dengan sebatan,” tegasnya.

Baca lagi artikel menarik:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article HDC Nafi Tawar Permohonan Rumah Mampu Milik Yang Tular Baru-Baru Ini HDC Nafi Tawar Permohonan Rumah Mampu Milik Yang Tular Baru-Baru Ini
Next Article Lelaki Disyaki Tidak Waras Sering Buat Kecoh Di Sibu, Pihak Berkuasa Digesa Ambil Tindakan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?