• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Inilah Momen Bangga Henry Golding Miliki Asal Usul Iban

Oleh
Ismail NA
31 Oktober 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Inilah Momen Bangga Henry Golding Miliki Asal Usul Iban

Bintang Crazy Rich Asians Bangga Menyatakan Kepada Dunia Bahawa Dirinya Memiliki Darah Iban

Inilah Momen Bangga Henry Golding Miliki Asal Usul Iban. Kepada sesiapa yang belum mengenali Henry Golding, beliau merupakan pelakon Hollywood yang mempunyai kacukan British dan Iban. Asal usul Iban beliau adalah daripada sebelah ibunya iaitu Margaret Likan Golding.

Henry sempat menetap di Betong, Sarawak dan Terengganu sebelum mereka berpindah ke England ketika beliau berusia 8 tahun. Walaupun nama Henry ketika ini sedang meningkat naik dalam dunia lakonan Hollywood, beliau masih tetap berbangga dengan asal usulnya.

Mari kita lihat momen bangga Henry mempunyai darah Iban. Aram kitai!

1. “I’m Iban in Sarawak,” – The Ellen Show

Ketika dijemput untuk sebuah rancangan temu bual terkemuka, The Ellen Show, Henry telah ditanya tentang asal usulnya dan beliau dengan selamba menjawab “I’m Iban in Sarawak“/”Saya seorang Iban di Sarawak“. The Ellen Show merupakan rancangan temu bual pertama beliau sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan. Sebelum beliau menjadi seorang pelakon, Henry merupakan seorang hairdresser di London dan pengacara program travelog untuk saluran BBC.

2. Mengharungi Adat Tradisional Iban, Bejalai

Sebelum Henry mengahwini isterinya, beliau telah melakukan adat tradisional untuk lelaki Iban iaitu adat bejalai. Adat bejalai ialah satu kepercayaan di mana seorang lelaki Iban perlu meneroka satu tempat yang baru sebelum berkahwin. Sepanjang Henry menempuh adat bejalai ini, beliau kembali ke tempat asal nya iaitu di Betong, Sarawak, seterusnya meneroka ke perkampungan Kelabit di Bario dan menjejaki kaum Penan. Henry juga bangga dengan identitinya sebagai seorang Iban apabila beliau mencacah tatu Iban secara tradisional di pahanya sebagai tanda tamatnya adat bejalai. Perggh, salute bro!

3. “I Own My Identity,” – The View

Dalam temu bual Henry dalam rancangan The View juga, beliau menyatakan bahawa dirinya dari kecil sudah diajar untuk memiliki identiti sendiri. Identiti yang dimaksudkan adalah identiti dirinya sebagai seorang warga Asia dan seorang Iban yang berasal dari Sarawak. Beliau mempertahankan identitinya apabila ditanya mengenai kontroversi bahawa beliau tidak cukup “Asian” untuk membintangi Crazy Rich Asians memandangkan Henry merupakan kacukan British-Iban. Bagus Henry tok sik buang batu.

Inilah Momen Bangga Henry Golding Miliki Asal Usul Iban
Inilah Momen Bangga Henry Golding Miliki Asal Usul Iban

Momen bangga Henry Golding ini membuktikan bahawa jati dirinya sebagai seorang yang memiliki darah Iban tidak akan hilang selagi beliau sentiasa mengingati dan mengamalkan adat serta nilai-nilai masyarakat Iban. Tak terhad untuk kaum Iban sahaja tetapi kita sebagai rakyat yang berbilang kaum di Malaysia.

Like dan share post ini supaya sama-sama kita sebarkan nilai positif kepada seluruh dunia! Peace!

Korang tau tak, baru-baru ini Henry Golding sempat singgah ke Chong Choon Cafe untuk ‘lepas gian’ semangkuk mi kolok di Kuching, Sarawak🤭 Baca di bawah:

Mi Kolok Chong Choon Cafe Di Kuching Jadi Pilihan Hati Henry Golding
Berdarah Iban, Henry Golding Duduki Tangga Ke-9 Lelaki Paling Kacak Di Dunia Atasi Dwayne Johnson
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Seni Bermukun, Salah Satu Tradisi Yang Masih Diwarisi Di Sarawak Hingga Kini Seni Bermukun, Salah Satu Tradisi Yang Masih Diwarisi Di Sarawak Hingga Kini
Next Article Tempat Menarik Di Labuan Yang Anda Perlu Lawati

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?