• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kota Kinabalu Catat Kes HFMD Tertinggi, Sekolah Terpaksa Ditutup

Oleh
Nazihah AN
2 Mei 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Kota Kinabalu Catat Kes HFMD Tertinggi, Sekolah Terpaksa Ditutup

Kes HFMD Cecah 4,385 di Sabah – Kanak-Kanak Bawah 7 Tahun Paling Terjejas

Kota Kinabalu Catat Kes HFMD Tertinggi, Sekolah Terpaksa Ditutup. Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) melonjak kepada 4,385 kes di seluruh Sabah dari 1 Januari hingga 19 April, menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Dr Maria Suleiman.

Dalam satu kenyataan, beliau memaklumkan bahawa 83 peratus daripada kes melibatkan kanak-kanak bawah umur tujuh tahun, menjadikan golongan ini paling berisiko dalam penularan semasa.

Kota Kinabalu Catat Kes HFMD Tertinggi, Sekolah Terpaksa Ditutup
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Healthtips by TeleMe

Kota Kinabalu Paling Tinggi, Diikuti Papar dan Penampang

Lima daerah mencatat jumlah kes tertinggi dengan Kota Kinabalu mendahului sebanyak 705 kes, diikuti oleh:

  • Papar (578 kes)
  • Penampang (450 kes)
  • Keningau (431 kes)
  • Tawau (262 kes)

Ini menunjukkan kawasan berpenduduk padat dan berdekatan dengan pusat pendidikan awal kanak-kanak menjadi zon panas penularan HFMD.

Kebanyakan Kes Ringan, Tapi Sekolah Turut Terjejas

Menurut Dr Maria, kesemua jangkitan adalah ringan dan hanya memerlukan rawatan pesakit luar tanpa sebarang kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) atau kematian direkodkan.

Namun, yang membimbangkan adalah penularan yang berlaku di rumah dan pusat pendidikan awal kanak-kanak seperti tadika, taska dan prasekolah. Sebanyak 10 sekolah dikenal pasti sebagai kluster HFMD.

Akibatnya, lima sekolah telah diarahkan tutup sepenuhnya, manakala beberapa sekolah lain terpaksa menutup sebahagian kelas untuk siasatan dan proses nyahkuman.

Seruan Awam: Jaga Kebersihan, Elak Hantar Anak Bergejala

Dr Maria menegaskan kepentingan langkah pencegahan untuk membendung penyebaran penyakit ini.

Antara saranannya:

  • Amalkan kebersihan diri dan persekitaran
  • Jangan hantar anak yang bergejala ke pusat jagaan atau tempat awam
  • Laporkan kes atau gejala kepada pihak kesihatan atau sekolah dengan segera

HFMD biasanya merebak melalui sentuhan secara langsung dengan cecair dari mulut, najis atau cecair lepuh. Maka, tanggungjawab bersama ibu bapa, guru dan penjaga sangat penting untuk mengawal situasi ini.

SUMBER :BERNAMA
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lagi RM86K Diperlukan, Adik Fayyadh dari Sadong Jaya Perlukan Pembedahan Hati Kedua Segera Lagi RM86K Diperlukan, Adik Fayyadh dari Sadong Jaya Perlukan Pembedahan Hati Kedua Segera
Next Article Perbezaan Sarang Burung Gua dan Sarang Dalam Rumah Burung, Mana Lebih Baik? Perbezaan Sarang Burung Gua dan Sarang Dalam Rumah Burung, Mana Lebih Baik?

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?