• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Semakin Mengganas, Ini Yang Perlu Dilakukan Ibu Bapa Sekiranya Anak-Anak Dijangkiti HFMD

Oleh
Nazihah AN
31 Mei 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Semakin Mengganas, Ini Yang Perlu Dilakukan Ibu Bapa Sekiranya Anak-Anak Dijangkiti HFMD

Jangan ambil ringan dengan penyakit berjangkit!

Semakin Mengganas, Ini Yang Perlu Dilakukan Ibu Bapa Sekiranya Anak-Anak Dijangkiti HFMD. Menerusi akaun Facebook rasmi, pihak KKM telah mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan situasi semasa kejadian penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Malaysia hari ini.

Isi Isi Penting
  • Jangan ambil ringan dengan penyakit berjangkit!
  • Dalam perkongsian Dr. Intan Juliana semasa ditemu ramah oleh pihak AWANI, ini yang perlu ibu bapa lakukan jika anak dijangkiti HFMD:
  • Jika anak-anak anda mengalami gejala seperti berikut, segeralah bawa jumpa doktor:
  • Para ibu bapa dinasihatkan agar tidak terlalu cepat percaya dengan produk-produk atau suplemen.

HFMD, atau nama panjangnya penyakit tangan, kaki dan mulut merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh dua jenis virus di dalam kumpulan Enterovirus. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, difahamkan bagi tahun 2022 terdapat sejumlah 65,535 kes HFMD telah dilaporkan peningkatan sebanyak 27 kali ganda bagi tempoh yang sama bagi tahun 2021.

Semakin Mengganas, Ini Yang Perlu Dilakukan Ibu Bapa Sekiranya Anak-Anak Dijangkiti HFMD
Semakin Mengganas, Ini Yang Perlu Dilakukan Ibu Bapa Sekiranya Anak-Anak Dijangkiti HFMD

Para ibu bapa di luar sana, usah panik jika ada diantara anak-anak anda mengalami tanda dan gejala penyakit Tangan, Kaki dan Mulut. Kanak-kanak yang mendapat jangkitan ringan boleh dirawat di rumah.

Dalam perkongsian Dr. Intan Juliana semasa ditemu ramah oleh pihak AWANI, ini yang perlu ibu bapa lakukan jika anak dijangkiti HFMD:

  • Pastikan basuh tangan dengan bersih bersama sabun setiap kali selepas kendalikan anak, beri makan, bermain dengannya, terutamanya selepas menukar lampin serta pastikan jangan berkongsi peralatan peribadi macam tuala, sudu, garfu, pinggan dan mangkuk.
  • Barangan yang disentuh oleh anak yang dijangkiti juga perlu kerap disanitasi dan dibasuh untuk membunuh kuman yang sudah berpaut pada objek seperti pakaian, alat permainan, perabut dan sebagainya.
  • sekiranya kesihatan anak dilihat tidak menunjukkan perkembangan positif atau semakin merosot, segeralah bawa berjumpa doktor.
Semakin Mengganas, Ini Yang Perlu Dilakukan Ibu Bapa Sekiranya Anak-Anak Dijangkiti HFMD
Semakin Mengganas, Ini Yang Perlu Dilakukan Ibu Bapa Sekiranya Anak-Anak Dijangkiti HFMD

Jika anak-anak anda mengalami gejala seperti berikut, segeralah bawa jumpa doktor:

  • Pertama, kalau suhu badannya melebihi 38 darjah Celcius berterusan selama 48 jam,
  • Kedua, apabila anak itu semakin lemah kerana tidak makan dan minum akibat ulser dalam mulut yang semakin teruk,
  • Dan ketiga, kalau anak itu pandangannya kelihatan tidak bermaya.
  • Jika terkena sawan, maka segeralah bawa jumpa doktor
View this post on Instagram

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar)

Para ibu bapa dinasihatkan agar tidak terlalu cepat percaya dengan produk-produk atau suplemen.

Selain itu, terdapat satu perkongsian perkongsian Dr. Izzar Anwari dalam Instagram miliknya, tiada ubat yang dapat menyembuhkan HFMD kerana ia berpunca dari virus, maka antibiotik juga tidak akan membantu.

TIADA ubat yang dapat menyembuhkan HFMD. Dan HFMD tu berpunca dari virus, maka antibiotik pun takkan membantu. HFMD ni kebiasaannya akan SEMBUH SENDIRI dalam masa 7-10 hari.

Ibu bapa diminta agar tidak terlalu cepat percaya dengan pengiklanan di mana-mana sosial media berkenaan dengan rawatan dan suplemen yang ‘mujarab’ dan dikatakan mampu menyembuhkan penyakit HFMD.

Semakin Mengganas, Ini Yang Perlu Dilakukan Ibu Bapa Sekiranya Anak-Anak Dijangkiti HFMD

Akhirnya warga Kuching, Serian dan juga sesiapa yang tinggal berdekatan boleh menarik nafas lega setelah laluan (lorong memotong) dari arah Kuching-Serian Jejambat Batu 7 dibuka kepada umum pada pagi hari ini. Baca artikel di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Netizen Rakam Aksi Merbahaya Vellfire Langgar Arus Di Jalan Song
Next Article Hilang Di Permai Rainforest, Dua Remaja Sesat Semasa Mendaki Ditemui Dalam Keadaan Selamat Hilang Di Permai Rainforest, Dua Remaja Sesat Semasa Mendaki Ditemui Dalam Keadaan Selamat

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?