I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Hidang Lebih 30 Menu, Peminat Makanan Laut Wajib Singgah Ke Khalish79Seafood Telaga Air Ini
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Hidang Lebih 30 Menu, Peminat Makanan Laut Wajib Singgah Ke Khalish79Seafood Telaga Air Ini

Oleh Aina Musa 25 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Hidang Lebih 30 Menu, Peminat Makanan Laut Wajib Singgah Ke Khalish79Seafood Telaga Air Ini

Syurga makanan di Telaga Air

Hidang Lebih 30 Menu, Peminat Makanan Laut Wajib Singgah Ke Khalish79Seafood Telaga Air Ini. Telaga Air sangat terkenal sebagai port untuk mencari stok makanan laut yang segar dan murah. Sesuai dengan kedudukan geografinya yang terletak berhampiran sungai, juadah utama yang sering menjadi buruan pengunjung ke sini semestinya makanan laut.

Hidang Lebih 30 Menu, Peminat Makanan Laut Wajib Singgah Ke Khalish79Seafood Telaga Air Ini. Sumber: Khalish79Seafood

Di sini, anda boleh dapatkan sama ada stok makanan laut yang mentah atau pun makanan laut yang telah pun dimasak segar di restoran sekitar Telaga Air.

Sebut sahaja sama ada anda mahu menikmati makanan laut secara ala carte, buffet atau pun shell-out semuanya ada di sini.

Hidang pelbagai menu buffet

Hari ini, kami bawakan kepada anda sebuah restoran yang terletak di Telaga Air dan terkenal dengan hidangan makanan laut yang dihidangkan secara buffet.

Pasti penggemar makanan laut mengenali restoran Khalish79Seafood ini. Pelbagai hidangan enak boleh dicuba di sini dan semuanya daripada hidupan laut segar.

Bahkan, dikatakan ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata mahu menjamu selera di restoran ini.

Menariknya di sini, mereka menghidangkan lebih 30 menu makanan laut yang enak.

Jangan lupa menu best seller mereka!

Antaranya sotong celup tepung, ketam masak sos, aneka asam pedas dan sebagainya.

Dikatakan, menu best seller di sini adalah udang galah mereka. Bukan sahaja segar dan sedap, menu udang galah di sini dicaj dengan harga yang lebih berpatutan jika dibandingkan dengan tempat lain.

Untuk anda yang teringin menikmati variasi menu makanan laut bolehlah datang ke sini. Lokasinya terletak di Kampung Telaga Air Jalan Matang.

Kedainya terletak di tepi jalan sahaja.

Difahamkan, restoran ini hanya beroperasi pada hari sabtu dan ahad sahaja dari jam 9 pagi sehingga 4 petang.

Jadi, tunggu apa lagi, bagi penggemar ‘jalan-jalan cari makan’ jangan lupa masukkan Khalish79Seafood ini sebagai salah satu port makan untuk dicuba.

Lagi tempat makan menarik di sini:

Buat Pencinta Manisan, Anda Wajib Cuba Mons Bakehouse Cafe Di Northbank Tabuan
Simple Tapi Sedap, Nasi Ayam Cincang Cekgu Di Kuching Ini Digemari Ramai
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Awas Tawaran Baju Murah Di Media Sosial, Individu Ini Kongsi Senarai Scammer IG Shop Awas Tawaran Baju Murah Di Media Sosial, Individu Ini Kongsi Senarai Scammer IG Shop
Next Article Buat U-Turn Secara Haram Di Lampu Isyarat Jalan Ahmad Zaidi Adruce, Kereta Ini Hampir Dilanggar Lori

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo 4 September 2023
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak 20 Jun 2023
Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?