• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Hidangan Fusion Sarawak&Indonesia, Jadi Tarikan Di Petanak Beach Chalet&Cafe Mukah

Oleh
ILB - AI
3 Disember 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Petanak Beach Chalet & Cafe Mukah hidang gabungan makanan Sarawak dan Indonesia

Hidangan Fusion Sarawak&Indonesia, Jadi Tarikan Di Petanak Beach Chalet&Cafe Mukah. Siapa kat sini minat untuk mencuba hidangan fusion yang baru? Pasti ada bukan? Di bahagian Sarawak Tengah iaitu bahagian Mukah, ada satu tempat yang wajib anda kunjungi dan kami daripada I LOVE BORNEO telah berpeluang ke sini atas jemputan Tourism Malaysia Sarawak dan Tourism Malaysia sempena program Lan Berambeh Sarawak Tengah.

Menyajikan hidangan fusion atau gabungan hidangan Sarawak dan Indonesia, Petanak Beach Chalet & Cafe harus berada dalam senarai tempat makan yang anda patut cuba.

Hidangan Fusion Sarawak&Indonesia, Jadi Tarikan Di Petanak Beach Chalet&Cafe Mukah
Hidangan Fusion Sarawak&Indonesia, Jadi Tarikan Di Petanak Beach Chalet&Cafe Mukah. Sumber gambar: I LOVE BORNEO

Sediakan chalet dan tempat menjamu selera dengan hidangan istimewa seperti sambal dabu-dabu Indonesia dan makanan Sarawak seperti payak masak serai

Seperti namanya, tempat ini sememangnya menyediakan perkhidmatan chalet untuk para pengunjung yang ingin mencari tempat penginapan yang berdekatan dengan pantai. Bukan itu sahaja, sambil menikmati udara pantai yang sepoi-sepoi bahasa, anda juga boleh menjamu selera dengan pelbagai hidangan istimewa.

Salah satu yang menarik adalah hidangan sambal seperti sambal dabu-dabu yang merupakan sambal asli dari negara jiran kita Indonesia. Untuk pengetahuan, hidangan ini adalah hasil resepi pemilik tempat ini sendiri kerana salah seorang pemilik adalah berasal dari negara seberang. Hal ini yang menjadikan dan menjanjikan ianya hidangan yang memiliki rasa asli Indonesia.

Hidangan Fusion Sarawak&Indonesia, Jadi Tarikan Di Petanak Beach Chalet&Cafe Mukah
Hidangan Fusion Sarawak&Indonesia, Jadi Tarikan Di Petanak Beach Chalet&Cafe Mukah. Sumber gambar: I LOVE BORNEO

Bukan itu sahaja, hidangan sambal Indonesia ini juga dapat dinikmati dengan sempurna dengan gabungan hidangan sinonim dengan orang Sarawak seperti payak (udang) masak serai, sup lokan atau sayur midin masak belacan.

Ada hidangan lain seperti ayam kremes, ayam goreng astagaa dan banyak lagi. Yang menjadi tarikan utama juga adalah ais krim Affogato

Jangan risau kalau sukar menerima lauk kampung orang Sarawak ini kerana tempat ini juga ada menyediakan hidangan yang lain seperti ayam kremes, ayam goreng astagaa, ayam goreng sambal marah dan ayam goreng sambal dabu-dabu juga ada.

Hidangan Fusion Sarawak&Indonesia, Jadi Tarikan Di Petanak Beach Chalet&Cafe Mukah
Hidangan Fusion Sarawak&Indonesia, Jadi Tarikan Di Petanak Beach Chalet&Cafe Mukah. Sumber gambar: I LOVE BORNEO

Untuk pengetahuan semua juga, ada satu hidangan pencuci mulut yang menjadi salah satu tarikan utama tempat ini kepada pelanggan. Ais krim Affogato. Campuran ais krim dengan sensasi kopinya tersebut menjadi ianya pilihan yang tepat untuk mengakhiri hidangan yang lain.

Kalau pergi kesini, pasti bertambah-tambah korang makan! Jadi, untuk maklumat lebih lanjut juga, anda boleh layari laman Facebook mereka iaitu Petanak Beach Chalet&Cafe dan mari kita kunjungi Sarawak tengah kerana banyak lagi tempat menarik yang lain untuk destinasi pelancongan anda.

#tourismmalaysia #tourismmalaysiasarawak #cuticutimalaysia #lanberambehSarawaktengah

SUMBER :I LOVE BORNEO
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TPM Pertama Dari Borneo, Ini 5 Menteri Dari Sarawak Sandang Jawatan Dalam Kabinet Anwar
Next Article Menteri Baharu Di Jabatan Perdana Menteri (Sabah & Sarawak), Armizan Ali Utamakan MA63

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?