• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Menteri Baharu Di Jabatan Perdana Menteri (Sabah & Sarawak), Armizan Ali Utamakan MA63

Oleh
Husna Hazmi
3 Disember 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Perjanjian Malaysia MA63 jadi agenda utama.

Menteri Baharu Di Jabatan Perdana Menteri (Sabah & Sarawak), Armizan Ali Utamakan MA63. Dipetik daripada Astro Awani, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) baharu, Datuk Armizan Mohd Ali akan mengutamakan Perjanjian Malaysia (MA63) di Dewan Rakyat kelak.

Datuk Armizan Mohd Ali yang mewakili GRS dan merupakan Ahli Parlimen dari Sabah telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) dalam Kabinet baharu Kerajaan Perpaduan.

Menteri Baharu Di Jabatan Perdana Menteri (Sabah & Sarawak), Armizan Ali Utamakan MA63
Menteri Baharu Di Jabatan Perdana Menteri (Sabah & Sarawak), Armizan Ali Utamakan MA63

Pengalaman terlibat secara langsung dalam isu MA63

Menurut beliau, pengalaman terlibat secara langsung dalam isu MA63 ketika bertugas di Pejabat Ketua Menteri Sabah sejak 2020 dan kerjasama dengan bekas menteri, Datuk Seri Maximus Ongkili membantu menggalas tanggungjawab tersebut.

Antara agenda utama adalah untuk mengusul agenda yang berteraskan MA63. Saya telah mendapat pendedahan dan terlibat dalam perihal tanggungjawab ini semasa berkhidmat di bawah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, dan pengalaman bekerjasama dengan pasukan Pejabat Menteri di JPM (Sabah dan Sarawak) sebelum ini di bawah kepimpinan Ongkili.

“Saya yakin sedikit pengalaman ini akan dapat membantu pelaksanaan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sebagai Menteri di JPM (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menteri Baharu Di Jabatan Perdana Menteri (Sabah & Sarawak), Armizan Ali Utamakan MA63

Amanah besar dalam mewakili aspirasi rakyat Sabah dan Sarawak

Dalam masa yang sama, beliau beranggapan bahawa pelantikannya merupakan suatu amanah besar dalam mewakili aspirasi rakyat Sabah dan Sarawak yang mengharapkan perhatian dan pengiktirafan sewajarnya untuk diberikan kepada kedua-dua wilayah Borneo itu dalam usaha memperkukuhkan Persekutuan Malaysia.

Saya diberikan portfolio yang berkait secara langsung dengan suara hati rakyat di Sabah dan Sarawak sejak sekian lama.

“Aspirasi Borneo yang mengharapkan kedua-dua wilayah ini diberi perhatian dan pengiktirafan yang sewajarnya dalam agenda mengisi serta memperkukuhkan kelestarian Persekutuan Malaysia,” jelas beliau lagi.

Selain Armizan, turut menganggotai kabinet Kerajaan Persekutuan dari Sabah adalah Datuk Ewon Benedick sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

SUMBER :Astro Awani
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hidangan Fusion Sarawak&Indonesia, Jadi Tarikan Di Petanak Beach Chalet&Cafe Mukah
Next Article Kenali Bak, 'Baby Carrier' Masyarakat Kenyah Yang Unik Dan 'Rare' Di Sarawak Kenali Bak, ‘Baby Carrier’ Masyarakat Kenyah Yang Unik Dan ‘Rare’ Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?